Kasut & Tie majlis konvokesyen Part II

Rentetan dari Part 1 hari tu....Alhamdulilah, saya berjaya kumpul dana untuk Part II pula. Jika part 1 saya cuma beri 2 kotak kasut bertutup wanita warna hitam. Bagi yang baru baca post ni tujuan kasut dan tie ni untuk diberikan kepada pelajar yang tidak lengkap bertali-leher atau pelajar yang pakai kasut tak selesa atau tercabut tapak masa majlis konvokesyen UPM nanti. Post Part 1 saya di sini

Majlis konvokesyen UPM bakal diadakan bulan November 2026 - Disember 2026. Bagi awal tak kalut...lagi pun ambik la keberkatan bulan ramadan yang mulia ini. 

Sebelum tu....Happy Birthday Noraziana. Moga panjang umur dan murah rezeki, bahagia bersama mereka yang tersayang....


Jadi dengan barangan ini diharapkan pelajar tersebut selesalah dengan penampilannya nanti. Ada kawan saya Bahagian Akademik, UPM...Ana (baju hitam) bercerita yang Bahagian Akademik akan sediakan booth di luar masa pelajar beratur nak masuk dewan. Ada kes pelajar pakai kasut yang tercabut tapak sampai terima ijazahnya. Kesian kan?. 

Kena bawa 2 paper bag sebab kasut lelaki ni berat. Tie dalam beg Lego tu. Tak nampak pula dalam gambar ni. 


Dari sedikit dana yang saya dapat....saya belikan online tali leher sebanyak 5 helai tapi dapat sehelai percuma jadi total 6 helai tali leher. Materialnya licin dan bila tengok tu seakan ada dua tona warna. Cantik sangat kalau tengok live. Berbaloi la saya membelinya. Puas hati. Ana kata tak kisah tali leher bercorak atau kosong. Saya pilih corak yang simple je la. Takdelah pilih corak berbunga atau complicated pun. Tie dapat free pun ok je lah coraknya. Nak komen lebih-lebih dah dapat percuma kan. Bersyukurlah. Elok betul la tie dia warna maroon / merah ni sebab baju konvokesyen UPM ni warna merah. 

Kasut yang dibeli kali ini kasut lelaki. Saya beli 3 pasang kasut lelaki. 2 pasang design macam ini. Saiz ni pilih je la saiz apa pun. Moga ada rezeki pelajar yang tak ngam kasutnya dapat pakai kasut yang ini. 


Satu pasang pula design begini. Bila tengok material kasut ni semua semi berkilat dan nampak eksklusif juga. Sesuai la anak-anak pakai masa konvokesyen nanti. 


Tapak dalamnya tebal dan memang selesa la kalau kena berdiri lama tu. 
 

Alhamdulilah....kasut dan tie ni tiba kedua-duanya sekali pada hari ahad 8 Mac 2026. Ahad pun Shopee Express ni berjalan juga. Boleh la beri kat kawan saya next week. Insya Allah. Setakat pos ini ditulis...dah selamat bagi pun pada 11 Mac 2026 kat kawan saya. 

Ada yang berminat nak sediakan :
1. Kasut formal bertutup warna hitam lelaki
2. Kasut formal bertutup warna hitam perempuan
3. Tali leher

Boleh la ke Bahagian Akademik, Tingkat 1, Bangunan Canselori UPM.

Moga tie dan kasut ni dapat berkhidmat la kat pelajar yang memerlukan. Insya Allah. Bila dapat buat sesuatu macam ni dah membuatkan saya bahagia. Alhamdulilah. 


***Post ini hanyalah berkongsi. Tiada niat yang lain. Sebagai bukti juga saya dah sampaikan sumbangannya. Jika ada yang berhajat pun boleh la sumbangkan terus ke bahagian yang saya highlight tu. 





XOXO,
Ezna

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.