Nuff

Cuti Hari Malaysia ke mana kita ni?

Minggu sebelum ni ada cuti panjang 4 hari yang jatuh pada Hari Kebangsaan dan Awal Muharram. Katanya minggu ni jalan sangat jam. Kami ambik pendekatan bercuti pada cuti Hari Malaysia. Check in pada 16 September dan check out pada 17 September. Book hotel Avillion Port Dickson ni pun last minute. Booked pun dapatnya bilik Duplex Queen. Bilik hotel 2 tingkat. 

Nak tahu macamana boleh tengok kat bawah ni ye....
Bilik tingkat atas ni dengan 1 katil queen. 


Bilik air ada bath tub. 


Depan bilik air ada almari pakaian dengan tangga nak pegi bawah. 


Ni singki kat dalam bilik air. 


Ni tingkat bawah ni. Ada daybed menghadap TV, ada tingkap besar jugak dengan meja makan kecik. 


Kami tiba dalam jam 1 petang macam tu, pergi makan dulu kat gerai kemudian hubby solat dulu kat masjid dan selepas tu terus ke hotel sebab hotel ni check in jam 3.00 petang. Kami tiba pun dalam 2.30 petang. Dah buka dah counter check in. 

Bagi hubby rehat dulu kat bilik sebelum terjun kolam. Bilik yang menghadap kolam ni bilik 'garden'. Next time kalau menginap kat sini nak tempah bilik garden ni. Senang 1 level je. 



Ada pulak aiskrim malaysia on the house. It's free ajer. 

On the way nak balik ada tempayan berisi air macam rumah kampung tradisional zaman dulu untuk bersihkan kaki. Dania kemain excited nak membasuh kaki. Dania ni pakai stokin mandi jadi bila jalan2 kat tepi kolam memang tak licin. Beli 1 hari sebelum bercuti kat booth kecik2 dalam Alamanda, Putrajaya. Nama stokin ni Safa. 


Kami makan malam kat sini. Dulu Restoran kat sini namanya D Terapung. Sekarang ni restoran ni dah lain....


Ikan yang kami pilih kat sini ikan siakap untuk dimasak 3 rasa. 


Udang pun ada pilih cuma 5 ekor. 


Seekor ketam untuk saya. 


Tak tahu nak masak apa? Jangan pening2 tengok la sini. 


Permandangan waktu senja tepi restoran ni. 


Kami pilih tempat betul2 tepi laut. 


Ketam goreng kunyit dan udang masak mentega dah siap. 


Masa ni siakap 3 rasa dan tomyam campur tak tiba lagi. Meriah pulak lauk pauk malam ni. 


Lepas makan, kami balik hotel. Kemudian keluar balik nak explore apa yang ada kat sini malam2. Explore dalam hotel je. Hubby nak sewa pancing tapi person in charge tak nampak pun. 

Jangan tak tahu, kat sini kalau nak pancing ketam memang banyak ye. Kalau kaki pancing tu boleh bawa alat memancing untuk memancing ketam. 

Ni bukan pancing ketam ni. Terus pancing aiskrim banana split kat Crow's Nest, Avillion PD ni. 


Ni teh tarik hubby punya. Saya minum air kosong je. Share aiskrim Dania dan teh tarik hubby. 


Blur pulak gambar ni tapi boleh nampak kan air pasang dah ni. Bulan ada malam ni tapi blur pulak gambarnya. 


Esoknya kami breakfast berjumpa dengan?...................sambungan dalam next blog post. 😃😃😃

Comments

Post a Comment

Translate

Popular Posts