Berkesempatan saya dan Dania ke majlis ni. Hubby pergi dulu sebab ada bacaan yassin.
Majlis diadakan di Arjuna, Bangi. Sebenarnya berdekatan dengan Ilim dan IPG Bangi. First time ke sini jadi saya teruja jugak la.
Ada deretan kerusi taman berpayung.
Sebelah ni bilik persalinan.
Tempat makan utama.
Saya tunggu kat meja sementara Dania tengah ambik makanan. Hubby pula saya call tanya kat mana.
Kat tengah ni ada macam tempat kecik. Kalau ada pelamin mungkin didirikan di sini. Props kali ni untuk Majlis Aqiqah.
Ada pelbagai makanan yang dihidangkan.
Majlis akikah kenalah ada kambing kan....
Apam balik pun ada.
Sibuk la ambik gambar apam balik sedang dimasak.
Apam balik dah boleh diambil.
Saya ambil la sepinggan kambing dengan salad dan whipped potato. Perapan kambing ni tak rasa la pulak...jadi saya pass ke hubby je la.
Majlis akikah ni dibuat dengan jamuan raya jugak.
Ni kat ruang tengah. Tema kat sini berkayu. Sesuai la kalau majlis perkahwinan bertemakan klasik.
Yang diraikan Naura Amelia. Nampak cranky sebab baru bangun tidur. Tetap comel la sayang ni.
Gadis desa bergambar di tangga.
Cantik la rumah kecik ni. Ni macam bilik persalinan.
Ada gambar yang dipamerkan di sini.
Rumah kecik yang cantik untuk dijadikan props ambik gambar. Kat sini mungkin kalau ada majlis perkahwinan...pengantin akan disolek di sini.
Laluan masuk ke Arjuna.
Cantik betul la kat Arjuna ni. Siti Nurhaliza pun pernah buat music video kat sini. Lagu Raya nak ke mana?....
Actually pada 4 April 2026 ni ada 3 majlis jadi lepas ni saya akan ke majlis lagi satu.
XOXO,
Ezna

Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.