Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, May 19

Hari Ibu 2017

Hubby ada bagitau hari ahad yang kebetulan jatuh pula pada hari ibu, kita nak keluar rumah pagi2 sebab nak pergi bersihkan kubur mama dan papa yang terletak kat Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
 
On the way tu kat Petronas Sungai Besi, singgah beli donut. Beli 5 free 1 jadinya 6 biji donut kat Dunkin Donuts.  
 

Tiba je kat Bukit Kiara, bersihkan la kubur2 mama dan papa dan sempat juga melawat kubur kawan saya.
 
Batu nisan mama ni ada yang tumpang pulak, seekor kumbang.


Kemudian kubur papa pulak. Habis potong yang rumput hijau sampai jadi keperangan sebab potong sampai bawah.  
 

Kubur yang berdekatan ni siap tanam ros Jepun warna merah.



Kemudian singgah makan dan minum kat D Chengkih Taman Tun. Saya minum ajer dan makan kuih lompang. Banyak kuih2 kat sini. Ada yang dah habis awal lagi. 


Ok, what's next, hubby suggest makan dekat Nasi Bamboo kat Sg Klah, Perak. Moh la kita. Kalau ikut waze dalam 90km camtu.
 
Tiba kat sini saya dulu turun chop meja. Dania ikut ayah dia cari parking. Kalau pegi sini kena pastikan kita cari siap2 meja ye sebab ramai sangat orang makan kat sini. Nasi kena beratur, kemudian pergi ke station lauk2 dan kemudian air.
 
Ni adalah set dengan nasi. Ada ulam-ulaman, cili, ikan masin, keropok dan kuah kari. Dihidangkan di dalam dulang. Tradisional sangat.


Lauk tambahan hubby order ayam panggang dan kambing. Kambing dan ayam panggang tu sedap.


On the way back, singgah pulak Sg Buloh beli pokok bunga. Hubby kata hadiah hari ibu. Alaaa....kebetulan je pun. Hubby layankan je. pokok2 yang saya ambik (gambar bawah) 3 RM10 dan pokok ros merah tu satu pokok RM13++  sahaja. Beli kat kedai opposite jalan utama ke UITM Sg. Buloh.
 
Lepas beli pokok2 singgah R&R Sg Buloh untuk solat, toilet stop dan minum air panas sebelum bertolak balik. Dania minum A&W Root Beer dan Onion Ring.


Ni pokok bunga yang dibeli. Snap kat rumah.
 


Saya takde la sambut Hari Ibu beria...cukup la sambut bersama family tercinta. Macam ni pun saya rasa bahagia. Bersyukur....

2 comments: