Ini je la lauk-pauk yang diambil gambar. Balik bercuti pun kena masak untuk keluarga. Selalunya saya tak masak banyak lauknya....
1. Lala tumis serai ni saya lebihkan air untuk kuahnya. Berlawan dengan Dania makan lala ni. Hehe.
2. Bayam tumis.
3. Puyuh goreng bercili. Puyuh ni digoreng kunyit garing dulu baru masukkan cili dia....
4. Kucai tumis dengan telur.
5. Nasi ayam.
a. Daun salad dengan buah tomato.
b. Sup nasi ayam penuh daun sup dan daun bawang.
c. Ayam yang diperap dengan bawang putih, halia, sos tiram dan kicap kemudian digoreng sekejap. Ayamnya dah direbus sebelum tu.
d. Sos nasi ayam.
e. Kicap nasi ayam.
6. Kuetiau goreng. Nampak macam tak pedas tapi sebenarnya ada jugak rasa pedas tu. Lauk dia letak kucai, telur, udang dan fish cake je.
Masak apa tu?
Ezna











Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.