Colony | Movie Review

Dania ada cakap yang movie Colony ni best. Jadi kita pun tengok la. 

Colony dilakonkan oleh : 

Ji Chang-wook sebagai Choi Hyun-Seok (Security guard)
Jun Ji-Hyun sebagai Professor Kwon Se-jeong
Shin Hyun-been sebagai Gong Seol-Hee
Koo Kyo-hwan sebagai Seo Yeong-cheol (penjahat)
Kim Shin-rok sebagai Choi Hyun-hee (kakak security guard yang lumpuh kaki)

Credit : Google

Saintis bernama Seo Yeong-cheol bagi amaran kepada pihak polis yang dia akan melancarkan serangan pengganas biologi di dalam bangunan Dongwoori. Di dalam bangunan yang sama berlangsungnya seminar tentang satu sel lendir yang berupaya untuk memulihkan sel sendiri. Salah seorang yang pergi perbincangan tentang sel terbaharu ini ialah seorang professor Kwon Se-jeong yang berhasrat untuk kerja di organisasi Chains Bio. Beliau telah direkomendasi oleh bekas suaminya yang bakal berhijrah ke negara lain. 

Dalam pada masa yang sama Security Guard bernama Choi Hyun-Seok membawa kakaknya yang lumpuh dalam shopping mall yang terdapat dalamm bangunan ini. Ketika Seo Yeong-cheol bertemu dengan CEO Chains Bio, ketika inilah beliau menyuntik lendir sel ke dalam badan CEO dan beliau bertukar menjadi zombie. 

Masa ni bangunan Donwoori dalam keadaan yang bahaya. Tahu je la bila seorang kena gigit akan merebak jadi ramai yang terjangkit. Zombie kali ni boleh memberi signal kepada zombie yang lain dan boleh bertukar maklumat. Jika sebelum ni mereka mengejar standee muka orang, mereka akan belajar yang standee itu bukan manusia sebenar dan mula target manusia pula. Typical zombie ni selalunya kalau kejar manusia tu dia kejar aja. Tak ada kepakaran lain. Zombie kali ni boleh mengajuk manusia juga. Hebat betul. 

Jadi berapa bintang ya saya bagi?. Disebabkan penceritaan kali ni lain daripada movie zombie yang lain, saya bagi 4.5/5 bintang. Ada juga diselitkan menteri Korea tak nak tunjuk yang kerajaan ni salah dari segi strategi jadi dia akan menuduh pihak lain. Sebenarnya kadang-kadang apa yang ditonjolkan di dalam filem ialah kisah sebenar yang berlaku di negara Korea itu sendiri.

Dania pernah masuk Hanyang University International Winter School secara online ada belajar tentang Korean Studies (From Old Boy to Squid Game : Navigating the Korean Social Wave). Professor yang mengajar perfileman dari Hanyang University ni bagi tahu perfileman Korea ni boleh sahaja mengkritik kerajaan dalam filem. Tak macam kita kan?. Kadang-kadang apa yang ditonjolkan dalam filem ialah realiti kerajaan mereka. Dalam filem ni Kerajaan tak nak mengaku salah mereka. 

Gigih mencari gambar besar watak Security Guard dalam Colony ni iaitu Ji Chang-wook. Dania la yang perasan mukanya kat salah satu tiang dalam IOI City Mall ni. 


Beliau duta jam Rado. Pernah datang Pavilion Kuala Lumpur untuk event jam Rado. 


Siapa yang dah menonton Colony?.




XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.