Monday, October 24

Merentas desa SKBJ 2016 : Memori indah untuk dikenang

Sekolah Dania ada buat merentas desa pada 22 Oktober 2016. Seperti tahun2 sebelumnya....merentas desa ni hanya untuk murid terpilih ajer bukan untuk semua orang. Tahun ni semua murid diwajibkan. Sebelum apa apa bermula kita ambik la dulu gambar anak kita. Hehe....Keempat mereka sekelas dengan Dania ni. 


Ni Cikgu Ziana ni. Beliau pernah mengajar subjek Bahasa Inggeris Tahun 5. Memang cikgu ni Dania suka sangat sangat sangat sebab Bahasa Inggeris merupakan subjek kegemaran Dania. 


Ni Cikgu Amizura. Beliau pun ajar subjek Bahasa Inggeris Tahun 6 dan automatik Dania suka cikgu Amizura. 


Pagi-pagi ni ummi ikut jugak la senamrobik. Ala ikut yang simple ajer. Lagu Bollywood, lagu cina, lagu melayu pun ada. Fuhhh peluh juga saya. Sesambil tu saya sempat le jalan-jalan ambik gambar. Suami berborak dengan best friend. 


Ala comel comel si cilik pra sekolah ni...


Terjumpa pula dengan Dania Irdyna. Ayah Irdyna ni memang berkawan baik dengan hubby saya. Ayah Irdyna dan suami saya kerja tempat yang sama. Bidang yang sama jugak. Irdyna malu ngan aunty Ezna...hehe. Hubby saya tengah berborak dengan ayah Irdyna lah.  


Dania sibuk ber warm up ikut rentak senamrobik. Saya suruh Dania panaskan badan. 



Cikgu Saiful ni ronda dengan motor dia...


Saya standby dulu cari port nak ambik gambar. Ni murid perempuan Tahun 6 ni. Macam-macam gaya. Saya bagitau kat GPK Puan Norzila. Saya cam tak confident Dania nak lari ni. Beliau kata ko jangan. tengok2 dia kat finishing line . Saya siap pesan kat Dania kalau penat jalan je ye. Mak mak risau le. Dania baris ketiga ke keempat masa ni. 


Okay2 dah dilepaskan....guru besar Puan Jamilah yang picit hon tu. 


Cikgu Amizura ajak saya berlari. Saya lari kejap terus suruh Cikgu teruskan larian. Saya dapat masuk area perumahan Golf Resort Bukit Jalil. Kalau sesaje mana boleh masuk sini ni. Rumah besar2 dalam ni. Saya tunggu kat check point yang terakhir. Hubby pulak call masa ni sebab kami sebenarnya nak pergi service center. Saya cakap ngan hubby sebelum ni nak tunggu Dania lepas je terus la nak pegi breakfast dan seterusnya ke service center kereta. 

Tak lama kemudian...nampak budak berkasut pink. eh eh  terjerit saya hah....anak saya. Saya dah nak balik dah sebenarnya tapi bila nampak anak saya ok tunggu dulu. Nasib baik saya tak balik lagi. 


Dania go Dania go.....


To my surprise, Dania dapat claim medal silver which saya pun tak sangka sebab Dania bukan seorang yang aktif sukan but.....Dania masuk juga lontar peluru mewakili rumah kuning? pelik tapi benar....Hubby pun macam eh boleh ke?. Lontar peluru Dania tak dapat pun medal. Itu la sebab saya masukkan Dania kat kelas memanah. Sekurang-kurangnya ada juga sukan yang Dania main selain sukan memanah tu memang sukan sunnah. Apa yang saya nampak semangat Dania tu tinggi. Eventhough mungkin agak mustahil la masuk sukan melontar peluru tu tapi Dania nak juga join. 

Citer pasal merentas desa....saya tanya Dania macamana boleh ala ala memecut di saat akhir tu?. Dania kata masa kat tengah2 tu Dania antara top 10 lah. Ada je orang yang memecut kemudian Dania potong kemudian kawan dia memotong balik. Dania terus potong kawan dia tu sampai hilang dari pandangan. Dania siap cakap kat kawan baik dia kata nak pergi dulu. Alehai sopannya....Dania rasa bersemangat bila tengok ada kawan2 dia yang memecut. Dania pecut masa tengah2 sehingga akhir. Saya ikut la kat check point akhir tu sampai Dania daftar nama kat meja Miss Hong untuk murid Tahun 6. 


Jadi saya cakap dengan Dania maknanya Dania boleh. Jangan takut bila orang kata eh boleh ke?. Kita kena yakin pada diri kita. Biar la apa orang lain nak cakap. Boleh la saya gunakan point ni nanti kalau ada subjek apa2 yang Dania rasa kurang yakin masa Sekolah Menengah nanti. Nak mendidik anak ni kadangkala kena bagi contoh2 yang terdekat. 

From now on you will be traveling the road between who you think you are and who you can be. The key is to allow yourself to make the journey.  - Princess Diaries


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails