Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, October 19

Aktiviti Hari Ahad : Memanah

Actually dah dekat dua bulan dah stop kelas memanah ni sebab nak bagi laluan 2 peperiksaan besar Dania. UPSR dan PSRA. Di pagi yang indah yang selalunya pepagi time bersantai kat rumah, keluarlah kami breakfast dulu sebelum ke Tasik Cyberjaya. Dari rumah saya dalam belas kilometer jugak which tak la jauh sangat. 


Dania datang kelas pagi ni lewat 15 minit so lepas panaskan badan mula la sesi latihan memanah. Pagi ni yang mengajar memanah, pengasas Thamim Archery yang bernama Aswat At Thayyar. 


Padang ni digunakan untuk memanah manakala yang belah kanan tu tempat main tennis. Belah kiri tu padang untuk main paintball. Not only that, ada swimming pool, tempat main golf dan gym pun ada. Kalau nak swimming dan guna gym ada dikenakan bayaran tapi tak silap saya bawah RM10.  


Dania dan dua kanak-kanak ni yang paling muda. Lain-lain orang dewasa. 


Kanan ni coach Dania ni. Pernah juga mewakili Malaysia dalam pertandingan memanah berkuda kat Korea. 


Sementara Dania memanah, saya dan suami brisk walk la sekeliling tasik ni. Cantiknya bunga teratai ni. Ada tiga warna ungu, merah jambu dan putih. 


Ni suami ajak naik menara tinjau. Kussss semangat saya sangat la bukan adventure kinda girl. No No No.....nak naik menara tinjau ni gayat koooo.....dah la tangganya berlubang lubang. Haishhhh lantai pijak kat menara pun berlubang jugak. Encik hubby cakap tak payah la tengok lantai tu....tengok depan je. Senang je cakap eh....

Dalam takut takut tu ada hati nak selfie jugak . Kalau nampak titi kat belakang tu, jalan tu yang kami ikut tu. Boleh tengok natural resources kanan dan kiri berupa paya dan pokok2 tumbuh meliar. 


Tengah jalan jalan...abang abang berhenti....selfie dulu  eh hello mana boleh tak berhenti....permandangan cantik sangat kat sini. 


Jauh juga tu pusing keliling Tasik Cyberjaya. Letih juga ya. Pastu sambung balik tengok Dania memanah. 3 jam tu kami habiskan masa kat sini. Tunggu lagi dua minggu sebelum ke sini balik. 

2 comments: