Rabu, Jun 8

Bye bye rumah lama. Selamat datang rumah baru....

Lama dah saya tak update blog ni. Baru ada kesempatan nak update. Phewww lama saya senyap tu sebab sibuk nak pindah pula. Awal bulan 5 dah start packing dan hantar ke rumah baru yang terletak dalam 20++km dari rumah yang lama.

Pada 21 Mei baru ni, saya sibuk nak pindah dan nak hantar Dania gi Klinik UPSR BH Didik kat UKM Bangi. Saya sorang je yang hantar. Dah hantar Dania, saya kelam kabut balik pulak. Lori pindah Kerabat Jembal tiba awal la pulak. Patutnya 11 pagi...kol 10 camtu dah tiba.

Ni lah rumah saya yang lama ni. Pindah kat sini masa Dania 6 tahun. Banyak kenangan rumah ni sebenarnya....Dania Darjah 6 dah nak pindah tempat baru pulak.....


Lori 5 tan muat2 barang2 yang besar2 dan masih ada lagi barang kecik2 yang tak dapat masuk lori.


Ok....akhirnya dalam jam 2 lebih gitu tiba kat rumah baru dan siap keluarkan barang dekat2 jam 3 lebih. Adik2 Jembal ni kecik2 badannya tapi kena bawa barang yang lebih berat daripada mereka. Tengok badan mereka saya dalam hati kata bole ke ni?. Ternyata mereka sangat rajin terutama yang selempang bag tu.


Hari kedua 22 Mei 2016, 2nd trip pula dengan lori 3 tan. Masih juga 3 pekerja. Dengan pokok pun angkat sekali. Pagi ni pun saya lari kejap ke UKM Bangi hantar Dania Klinik UPSR BH Didik. Balik hantar Dania sibuk berkemas untuk 2nd trip. Saya kemas sikit2 je. Barang2 besar suruh lelaki je yang angkat. Hehe....


Alhamdulilah....di saat ini saya dan keluarga berpuasa di tempat baru dan suasana yang baru.

Ni pun type kat phone. Unifi pun takde lagi kat kawasan ni....nak kena tunggu lagi....😅😅😅

12 ulasan:

  1. Alhamdulillah.dah dapat masuk rumah baru.beraya rumah baru nanti.
    nak tnye..rumah baru nie area negeri / daerah mana ye?jgn risau..bukan nak pi cari rumah.
    just nak tau ja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Area Kajang, Selangor tapi berhampiran dengan Bandar Baru Bangi....

      Padam
    2. saya tau bandar baru bangi sbb dulu keje situ.skrg stay sepang.

      Padam
    3. mana tue kak? dekat kot kita nie.. haha...

      Padam
  2. wah pindah umh baru...slamat mengemas ezna

    BalasPadam
  3. dah nampak dah bayangan rumah u yang cantik tu..

    -ibuemir-

    BalasPadam
  4. nanti update laa gambar gambar suasana rumah baru :)

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Lamanya nak tunggu buku Teme Abdullah

Lama betul nak tunggu buku dari Iman Publication pembelian dari My Siswa Place. Akhirnya dapat juga akhirnya setelah order dari 1 November 2...