Monday, January 4

Perjalanan ke Gunung Jerai yang nyaman

Masa balik Kedah baru-baru ini, kami bertolak ke Kedah lepas Jumaat 4 Disember 2015. Sempat singgah tidur kat R&R. Malam tu makan lobster kat Woop2Lobster yang terletak di Sungai Siput Perak. Gigih la mencari berpandukan waze ke lokasi Woop2Lobster ni. Order 3 hidangan iaitu  ikan Salmon ni. Hidangan ni berharga RM10 / sepinggan sebab ikannya kecik. Kalau tak RM15 / sepinggan. 



Saya try slipper lobster yang berharga RM30 set ni. Nasib baik kenyang. Kalau yang makan lebih sikit rasanya portion ni tak cukup sebab lobster ni sikit ajer isinya. 


Ni harga food kat sini yer....


Ada la 2-3 kali tidur kat R&R sehinggalah keesokannya slow slow bawak kereta dan tiba awal pagi dalam jam 8 kat Alor Setar 5 Desember 2015. Awal pulak nak singgah rumah kakak ipar jadinya hubby decided nak mendaki Gunung Jerai. Kalau dah kaki jalan, ada jer leh selit2 nak pergi mana tu. Hehe. 

So inilah kami di puncak gunung jerai...cantik permandangan kat atas ni. Jalan mendaki kat Gunung Jerai ni ada yang seram jugak sebab selekoh tajam gitu. Jangan lupa hon untuk alert kenderaan arah bertentangan ye. Bagi saya seseram jalan kat Gunung Jerai ni seram lagi jalan kat lereng bukit Boh Plantation kat Sg. Palas tu. 


Ayah dan anak daranya...


Suasana sangat nyaman atas ni. Kat belakang tu boleh nampak permandangan sawah padi yang menghijau. Ada juga pulau yang boleh nampak kat Gunung Jerai ni. 



Ambik gambar sekitar kawasan puncak gunung jerai ni. 



Minum air panas dulu kat cafe ni. Nak order waffle pun katanya tak sempat nak buat. Alehnya order air panas je lah. 



Lepas minum air panas tu ambik lagi gambar 2-3 shot sebelum turun balik. 


Sejuknya kat sini. 


Cantik bunga purple yang banyak kat sini. 



Ni rasanya spesis pacat sesat kot. Besar...


Hotel The Regency Gunung Jerai bagi mereka yang nak menginap di sini. 



Ok...lepas ni nak singgah rumah kakak ipar dulu. 


Selamat Kembali ke sekolah tahun 2016 ya....buat anak-anak semua yang masuk sekolah tahun 2016. 

5 comments:

  1. Replies
    1. Balik Kedah sebab ada wedding anak saudara Izwa. Kedah kg suami....alang2 gunung jerai dekat2 alor setar tu yg mendaki tu....hehe 😊😊😊

      Delete
  2. cantik viewnya..ala2 overseas....lobster tu kalo lpr mmg tk cukup tu

    ReplyDelete
  3. tak pernah lg sampai sini..teringin nak stay overnite kat hotel tu...

    ReplyDelete
  4. lama tak pi sini ..dulu sekali je penah sampia .... cantiknye .....sejuk lagi tak kat sana

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails