Perjalanan ke Perlis dari Kedah

Perjalanan ke Perlis dari Kedah ada la sekali toilet stop. Lagi pun nak singgah isi minyak juga. Musim perayaan ni baiklah bila tiba R&R ke stesyen minyak ke singgah la ke tandas ya sebab takut jam sepanjang perjalanan dan nak ke tandas tu lambat tibanya. 

Dalam petang jam 5 macam tu tibalah kami ke hotel penginapan kami ni Putra Brasmana Hotel yang terletak di tepi laut dan berdekatan dengan jeti nak ke Langkawi. 


Bila tiba bilik kami, takde la besar mana dan agak cramp jugak la. 


Errrr....selimut ni siap berlubang la pulak 😅. Masa kami tiba ni pun tuala kat dalam bilik air tak disediakan ya. Kena request la pulak. Nanti bila check out saya akan letak la apa kekurangan hotel ni dan kelebihannya. 


Hotel yang mengadap laut. 


Lepas rehat, mandi dan solat kat bilik...kami keluarlah nak mencari satu kampung ni. Ikut waze tapi eh mana-mana dibawanya kat kampung yang jalan dia seriau sangat sebab jalan kecik je. Siap buka tingkap tanya budak ni....budak ni pun jawab la kampung yang akak cari tu belah sana bukan kampung ni. Dapat la duit raya. Rezeki mereka la kan....


Kampung mana kami cari tu nanti saya ceritakan. 


Tak jumpa kampung yang nak kami cari tu dan waktu maghrib pun dah menjengah. Hubby kata nak solat di Masjid berdekatan iaitu di Masjid Terapung iaitu Masjid Al Hussain. Cantik betul masjidnya di waktu senja. Dekat je dengan Hotel Putra Brasmana tu.


Gambar ni kat tengah-tengah diantara tempat wuduk wanita dengan dewan solat utama. Dalam dewan solat utama lupa nak ambik gambar tapi luas, wangi dan selesa. 


Cantik nampak permandangan malam kat masjid terapung ni. Nampak ada bulan juga menunjukkan dirinya. 


Selepas dah solat, kami ke Koma Laut (Kompleks Makanan Laut Negeri Perlis). Tak jauh pun dari Masjid Terapung dan Hotel kami. 


Kat sini banyak gerai boleh dipilih ya. Mentarang ni kami pilih. 


Nak makan apa? dan nak masak apa?


Sotong....


Ada belangkas yang masih hidup. Ditolaknya pepahat ni. Dania nak pepahat. 


Kami ambik ikan kerapu seekor. 


Makanannya tak tiba sekali. Ulam, ulaman dan kuah asam tu datang sekali dengan ikan bakar ni. 


Ikan ni bakar kuah kuning dan kuah merah sebelah menyebelah. Ikan ni banyaklah hubby kena habiskan sebab saya dan Dania dah kenyang dah. 


Pepahat tumis bercili ni pun sedap. 


Mentarang masak kari kering. Sedap. 


Ini jelah lauk pauk kami. Harganya?. Takdelah murah mana pun tapi nak sama dengan makan kat Medan Ikan Bakar Sepang, Selangor je harganya. Ada banyak gerai jadi mungkin harga sama atau murah lagi. 

Seterusnya kami lalu dataran Kuala Perlis ni sebelum tiba hotel dan berhenti sekejap nak rasa bayu laut. 


Ada la orang menjual kat sini. 


Ambik gambar jap kat sini. 


Gambar family pulak. 


Lepas ni jom la balik hotel. Lena awal juga sebab penat kan. Nanti bersambung pula tempat yang kami lawati. 




XOXO,
Ezna

 







1 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. sedapnya ikan bakar! wahh u cuti2 perlis yer..ok tak sabar nak baca next entry

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.