Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, January 27

Pengumuman Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun 2015

Semalam kat Sekolah Rendah Agama Dania ada mengadakan pengisytiharan UPKK. Sekolah lain dah lama dah announce. Sekolah Dania baru announce sebab calon UPKK Sekolah Rendah Agama Dania ramai. Tak silap 157 orang calon.

Paginya sebelum pergi sini, ada appointment nak sign document kat Pejabat Tanah Bandar Baru Bangi. Lepas habis appointment pergi melawat kawasan jap sebelum jalan-jalan ke PNKS Bangi. Terbeli pulak instant shawl untuk Dania. Ok nanti sambung lagi part instant shawl tu. Last entry nanti...

Lepas tu barulah bertolak ke Sekolah Kebangsaan Dania. Sebelum tu singgah solat Zohor dulu kat masjid baru kat Bukit Jalil. Dania balik kol 2.20 petang sebab setiap selasa dan khamis ada kelas tambahan untuk murid tahun 6. Tu tak masuk lagi kelas tambahan hari sabtu. Dah siap tapau makanan tengahari, baju uniform sekolah agama dan beg sekolah agama....lepas ambik Dania terus zass ke Sekolah Rendah Agama.

Tiba ajer sekolah agama, Dania tukar uniform dan solat dulu while hubby dan saya masuk ke dalam dewan sekolah. Perghhhh debar ummi. Ayah dier relaks je. Orang lelaki gitu kot. Tanya guru besar dia tak jawab pulak berapa murid dapat 8A. 


Bila murid tahun 6 turun, Dania duduk sebelah ummi. Muka budak yang nervous nak dapat keputusan peperiksaan.

 

Intro ustazah punyalah panjang. Ummi dan Dania dah berdebar giler giler dah ni. Sah...49 orang dapat 8A UPKK tahun 2015. 


Lepas satu satu senarai yang keluar sah la Dania termasuk senarai. Dania terjerit sikit cakap kat ummi nama Dania ada. Ummi tak berapa nak nampak (rabun sikit) so ambik gambar guna DSLR dan terus besarkan gambar 



Calon 8A naik ke pentas untuk sesi bergambar. 


Mula-mula Dania dapat la tempat depan atas pentas. 


Eh Eh...Dania where are you???...masa ummi ambik gambar guna DSLR nak je soh Dania tunjuk muka. Dah la kecik. Nampak la sipi-sipi. 


Depan sekali tu ustaz Kamal yang agak garang. 


Ok...nampak Dania sipi-sipi jugak. Jadilah ye...


Kalau tengok muka anak-anak ini teruja sungguh mereka. Dari 49 orang yang mendapat 8A...31 orang dari kelas Dania 5 Taubat tahun 2015. Alhamdulilah. Kelas 5 Taubat ada 38 orang. Cuma 7 orang ajer yang mendapat 7A dan seterusnya. Seorang murid yang namanya disebutkan No. 1 dah berhenti sekolah agama ni sebab duduk hostel Permata Pintar under UKM tu. 



Sijil original terus dapat dari guru kelas tahun 2015 selepas majlis. Wefie satu family pulak....sijil ni ummi terus bawak balik masuk dalam file. 



Saya rasa motivasi Dania tinggi sebab vest yang dia dapat ni. Vest ni diberikan kepada murid yang mencapai target sekolah. Selain daripada itu jangan ponteng kelas tambahan yang diadakan. Doa ibu bapa pun penting jugak. Individu yang nak ambik exam pun kena berdoa juga. Bila dah berusaha dan berdoa insya allah semuanya akan ok. Kalau lah ditakdirkan anak kita tak mencapai target pun...beri motivasi kepada anak kita supaya dia tak rasa rendah diri. Suntik kata-kata semangat untuk minda separuh sedarnya....insya allah dia akan bersemangat. 


Perjalanan masih jauh ni. Tahun ni bakal menduduki peperiksaan UPSR dan PSRA. Itu juga antara sebab saya amat la busy nak update blog ni.... (Alasan sebenarnya.....) 

Moga anak-anak kita akan berjaya dunia dan akhirat. Cemerlang dunia, cemerlang akhirat. Insya allah. Tahniah ye kepada semua calon UPKK 2015. Walau apa keputusan anak anda...moga mereka akan menjadi insan yang berguna untuk bangsa, agama dan negara. 

Oh ya sebelum habis entry blog ni...ni le instant shawl yang beli tu....sebenarnya memang nak bagi Dania pun. Alang-alang Dania did well ummi cakap le hadiah UPKK.  Warna purple cam nak biru polka dot. 


6 comments:

  1. ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH..TAHNIAH DANIA TAHNIAH KAK~

    ReplyDelete
  2. tahniah dania.....

    tahniah ummi dania..

    moga terus berjaya dunia dan akhirat..amin

    ReplyDelete
  3. tahniah dania....dania pki shawl baru tu nmpk matured sgt...sweet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Instant shawl senang la ummi nak pakaikan....kalau tak terbelit belit bagai...hehe

      Delete