Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, January 9

KL - Bali Part 1 - 19.12.15

Pagi-pagi lagi dah bertolak ke stesyen Putrajaya Sentral. Nak kejar jam 5.21 pagi tapi dapat naik yang train 5.51 pagi. Tiba je kat KLIA, cari surau nak pergi solat. Gilir dengan ayah Dania. Masa saya dan Dania solat, ayah Dania bertugas menjaga beg. Lepas habis solat baru nak check in bag. Flight kami pagi ni kol 8.15 pagi. 


Masa flight baru je selamat berlepas, kami dihidangkan dengan minuman jus. Tak lama kemudian datanglah hidangan utama. Saya memilih nasi goreng sate ayam. 


Dania as usual dapat tempat tepi tingkap. Selesa juga lah menaiki flight Garuda ni. 


Flight Garuda ni transit di Jakarta selama 2 jam. Ni kat airport Soekarno Hatta Jakarta ni. 


Dari Jakarta ke Denpasar mengambil masa 2 jam 15 minit. Seperti biasa selepas selamat berlepas kami dihidangkan dengan air jus. Tak lama kemudian, hidangan pilihan saya ni kentang pun tiba. Menyesal tak order nasi daging. Nasi daging yang hubby order sedap sangat. Kentang ni so so ajer. 



Dah selamat mendarat di Ngurah Rai Airport, Bali. Smooth landing. Terima kasih kepada pilot Garuda. 


Ada insiden tak best berlaku kat airport Bali ni. Saya bawa 3 beg besar. Tunggu punya tunggu hanya 2 beg besar yang ada kat carousel bag tu. Jadinya dengan hati yang tak tenang terus buat report dekat petugas Garuda. Muka saya rasanya nampak sad sangat. Dah la letih perjalanan jauh tak habis lagi. Ni lah bag yang hilang ni. Beg United Color of Benetton yang saya menang dari Kimberly-Clark. 


Dah settle dengan report terus ke balai ketibaan. Ada supir dengan nama saya dah siap tunggu kat luar. Kami bertiga dibawa dengan APV Suzuki ke Hotel kami The Royal Bali Club at Jimbaran. Saya yang survey tour guide ni http://www.solehmuslimtour.com/  Ok...ni lah suite kami ni. Wahhhh selesa sangat untuk kami bertiga. 


Ada small kitchen untuk memasak. 


Yang ni bedroom kat sini. 


Ada satu katil queen dengan  ada frame kepala orang atas katil queen ni. Yang ni memang saya tak gemar ni. 


Ada bath tub. 


Kedua bilik ni dipisahkan dengan cermin. 


Wangi bilik dan bilik air ni dengan bunga kemboja kuning ni. 


Kan tadi saya cerita beg saya hilang kan. Beg tu berisi stok makanan. Makanan kat bawah ni je selamat sebab letak dalam beg yang lain. Kalau ditakdirkan tak jumpa jugak beg kami, ni lah rezeki kami selama di Bali. 


Masa check in hotel pun dah ada orang call untuk double confirm penginapan kami. Tak lama lepas tu dalam pukul 5 petang, pihak hotel call kata Garuda dah hantar beg dekat reception. Hubby pergi ambil beg tu dan...

Inilah stok dalam beg yang hilang tu....boleh menangis oh kalau hilang. Snacks, makanan berat semuanya ada. 


Memang malam ni tak buat apa-apa pun. Kami berehat dalam bilik ajer. Esok lah kami nak pergi tour Kintamani. 

2 comments:

  1. waaaa byknyaaa u bwk stok mknn hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau travel jauh2 memang macam ni la i suzz....i takut kelaparan...hehehe. Unless kalau gi tempat yg confirm ada makanan halal....provided that makanan kat situ kalau convert duit kita murah la....

      Delete