Selasa, Januari 5

Johara di pagi Era bersiaran dari Sekolah Kebangsaan Dania

First day of school saya kuar rumah kol 6.19 pagi. Dah standby bila azan subuh je terus solat. Tiba sekolah dalam 6.35 pagi. Masa hantar Dania kat sekolah tetiba dengar orang gelak kuat cam familiar je suara. Bila saya tengok dekat laaaa team Johara rupanya. Cuma ada Ray dan Johan ajer manakala Haniff di konti Era Fm. Saya suruh Dania posing dengan Johan dan Ray. Nasib baik Dania sporting. Ray ni pernah jumpa masa Ray dan Haniff datang untuk cat Nippon di rumah saya. Johan ni first time baru jumpa ni. 



Saya masuk dalam sekolah tu sebab nak pass barang untuk hiasan kelas kat guru kelas Dania ni nama Cikgu Siti Rozila. Beliau juga merupakan cikgu tuition Matematik Dania kat sekolah. Tahun ni pun saya akan teruskan tuition Matematik Dania dengan cikgu ni. Kira special la sebab guru kelas jadi cikgu tuition khas Dania. So far yang ambik tuition dengan cikgu ni ada 3 orang. Cikgu ni pun tak ambik ramai-ramai satu masa tu. 

Tahun 2016 ni Dania masuk kelas 6 Bestari. Moga Dania akan bersaing secara sihat di dalam kelas ini. Cikgu pun dah best. Is all up to you my dear Dania. Ni gambar masa tuition cuti sekolah baru ni. Kelas ni kelas 6 Bestari Dania. Guru ni sengaja pilih kelas ni masa tuition sebab after all beliau guru kelas ni tahun 2016. Kawan Dania yang nama Faris ni kelas 6 Berjaya tapi guru Siti Rozila ni juga akan mengajar subjek Matematik kat kelas 6 Berjaya. Yayyyy....ummi Faris ni punyalah seronok. 


Petangnya ke Sekolah Rendah Agama. Ni guru kelas 6 Taubat Dania. Moga Dania pun sentiasa bertaubat dari melakukan perbuatan yang tak elok. Sempat juga suruh Ustazah Norhayati senyum sebab saya nak snap gambar ni. Memalu ustazah. Ibu bapa lain sibuk nak bayar yuran, yang saya pulak sibuk nak bergambar bagai. Hehe....Tahun 6 kat Sekolah Rendah Agama ni saya kena bayar yuran sebanyak RM485.20. Nak bayar ansur-ansur pun boleh. Saya bayar terus 1 shot. Bulan bulan memang takde pembayaran la. Kira RM485.20 tu dah termasuk semua. 


Ni diantara kawan-kawan sekelas Dania. Kelas 6 Taubat Dania ada 40 orang kalau ikut senarai nama lah. Dania datang agak awal jadi dapat tempat kedua dari depan. Memang Dania ni aim nak tempat depan. Ada ibu yang saya sempat berborak sesambil tunggu turn nak bayar yuran....dia bagitau kat anak dia kalau turun dari kelas Taubat jaga. Errr???....Saya bagitau ibu tu bagi saya kalau turun kelas kedua pun saya ok lagi. Anak beliau pun takut-takut nak tengok senarai masuk kelas mana. Saya dah tau Dania masuk kelas mana masa cuti sekolah lagi. Saya singgah sekolah nak tengok senarai nama yang ditampal kat papan kenyataan. Siap ambik gambar semua kelas then mana2 ibu yang saya kenal saya forward kan senarai nama anak dia tu. Senang dah boleh terus ke kelas pada hari pertama. Kelas Dania??? Nun....tingkat atas sekali. 


Moga Dania senang untuk menerima ilmu daripada guru-guru ya. 

Moga Dania dapat beroleh kejayaan dunia dan akhirat. 

Cemerlang Dunia, Cemerlang Akhirat....

Amin....

2 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.