Semalamnya dah ke CBTL. Kali ni ke CBTL lagi. Sebabnya? Saya kan ada beli perfume. Tak reti nak bukak pulak. Tunggu takde orang kat kaunter barulah kami tanya. Dah try dah buang bekas plastik putih dalam tu cumanya macam mana nak guna perfume ni?. 😅. Puas la orang kaunter cuba bukak, orang kat kitchen pun sampai keluar nak cuba bukak...tak boleh....sampai la ada seorang staff Nepal buka....eh eh terbuka. Rasanya dia tak sengaja menarik penutup tu sampai terbukalah. Aduhhhh payah betul. Ingat saya seorang je yang tak reti nak bukak. 😂. Puas saya pusing la.....eh tak boleh. Dia buka senang je....
Ok settle bab perfume. Beli kat CBTL tempat baru tapi ni menanya kat CBTL depan FOS. Katanya management sama cuma staff je tak sama. Dah sampai ni minum petang terus la. Saya order jus oren dan ada 1 cawan ais. Order scones share berdua dan air pula Strawberry Matcha dan hubby latte panas. Kami tunggu sampai Dania rehat.
Air ni siap-siap order untuk Dania sebab sehari sebelum bagi Dania air berries tu kata macam air ubat.
Dania dah tiba, kami duduk kat luar la. Takde la nampak sangat makan bekal. Sebenarnya tak boleh tapi nak buat macam mana ya?....Dania makan mengadap depan. Saya kena lambat-lambat la perabih air.
Bekal Dania ni mi kering dengan kuah kari. Dalam tu ada fish cake, fish ball dan telur serta sawi. Selalunya Dania akan rehat sekali dengan kawan-kawan tapi kali ni rehat individu pula.
Dania dah settle makan. Packing siap-siap biar ummi bawa balik.
Masa ni, nak berjalan ke Adidas sebab Dania nak tunjuk ayah T Shirt yang Dania aim. Dania dah tunjuk ummi. Ayah je belum. Terjumpa kawan Dania nama Fatimah. Ummi minta izin ambik gambar la. Fatimah ni ambil Doktor Perubatan di UKM. Masa ni tengah cuti. Tak lama lagi ada title Dr. Fatimah la depan nama.
Pernah sekelas dulu dan Dania baik juga dengan Fatimah. Dua-dua jenis pendiam tapi masuk Action Song untuk pertandingan Pandu Puteri Peringkat Sekolah Daerah Hulu Langat. Semua yang agak pendiam tu termasuk Zalilah dan Dina kena menyanyi. Kenangan.....pendiam tapi dapat No. 3.
Dari kiri :
Dania, Fatimah, Zalilah dan Dina
Fatimah ambil Doktor Perubatan.
Zalilah ambil Kejuruteraan Mekanikal.
Dina ambil Sastera Pengajian Bahasa Jerman.
Semua mereka ni kelas Sains Tulen.
Dah la kena menyanyi...kena hias baju guna kertas suratkhabar pula.
Begitulah kisahnya terjumpa kawan lama. Ada flashback pula...
Bab nak beli barang idaman pula....dah ada duit sendiri, beli something guna duit sendiri baru tahu betapa susahnya nak dapat duit tu. Nanti saya letak post lain T Shirt Adidas yang Dania aim tu.
XOXO,
Ezna








Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.