Saya jarang la join cooking class ni tapi ada satu hari tu hubby bagi link kat Whatsapp, saya terus daftar nama. Cooking class ni untuk owner kereta Volkswagen. Al kisahnya sehari selepas daftar, saya dapat call kata saya boleh join dan boleh bawak seorang partner.
Partner saya ni cuak takut dia kena masak pelik-pelik. Hehehe. Cooking class diadakan di At 19 Culinary Studio yang terletak di Jalan Dungun, Bukit Damansara.
Dah dapat apron kita ambik gambar dulu. Ada 20 orang participants.
Ada 2 resipi yang diajar iaitu German Potato Salad atau dalam bahasa Germannya ialah Kartoffelsalat
Ayam percik juga turut diajar. Saya tak pernah masak ayam percik. Rupanya nak masak simple ajer....
Pat ni ahli group kami. Kiranya yang paling terer masak dia lah. Ada 5 of us dalam satu group.
Chef Khai tolong kacau potato salad sambil suruh tambah apa yang kurang.
Chewahhh terer Dania kacau yer...jejauh dan muka berkerut. Hehehe....Saya adalah buat belakang tabir macam perapkan ayam, potong itu ini. Basically, bahan-bahan semua dah siap potong. Ada few jer kita kena potong.
Ada ahli group saya tu 2 orang muda jer budaknya. Ada kereta VW Beetle versi baru hadiah dari ibu bapa mereka. Untunglah....
Ibu dan anak ambik gambar dulu....
Ibu dan anak ambik gambar dulu....
At 19 Culinary Studio ni akan berpindah kat Mid Valley. Kat sana siap ada kelas memasak sekali dengan Restaurant.
Now, At 19 Culinary Studio kat rumah banglo lama area Bukit Damansara.
Terima kasih pada Volkswagen kerana menganjurkan aktiviti yang sangat menarik ini. Kiranya bonding time ibu dan anak lah.
best la ada aktiviti gni..suka pegi cooking class
BalasPadam