Jumaat, September 25

Sambutan Bulan Play-Doh

Diam tak diam dah lebih 50 tahun, Play-Doh telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri. 

Ini menjadikan Bulan Play-Doh yang julung kali diadakan suatu berita yang amat menerujakan! 

Bila Play-Doh ni bertemakan Malaysia...hmmmm apa yang terlintas di fikiran anak saya Dania ialah : Permainan wau. Wau yang dibentuk oleh Dania ni merupakan wau bulan. 

Wau bule....wau bule.....wau bule.....teraju tigo....ala ewa... 


Masyarakat majmuk di Malaysia memberi inspirasi buat anak saya Dania untuk membentuk baju tradisional kaum India iaitu Sari. Dania pakaikan patung ni dengan sari. Colorful sungguh sari Dania ni ya?. Anak saya memang suka dengan warna terang daripada Play-Doh ni. 


Dengan Play-Doh ni imaginasi tiada hadnya. Kita boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. Play-Doh merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen. 

Saya berikan idea saya kepada Dania manakala Dania merealisasikan idea saya melalui Play-Doh. Setiap kali Hari Raya, Dania selalu pakai baju kurung kan ummi....jadi Dania nak reka baju kurung untuk patung ni. Patung ni juga dikenakan tudung berwarna ungu. 


Nak bagitau la ni yang bermula 21 - 27 September di Ground Floor, Highstreet 1 Utama kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari Play-Doh - menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf. 

Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysian Book of Record untuk mencapai rekod hasil ukiran Play -Doh paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Save the date boys and girls.....

Paling menarik....ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah Play-Doh yang menarik!. 


Cuba teka apa ni?

Ni lah permainan tradisional kita iaitu congkak. Siapa yang terer main congkak? Kalau dulu-dulu kat kampung opah saya di Perak....saya gali lubang kat tanah kemudian buahnya diambil dari buah getah. Kami sepupu semua pergi cari buah getah keliling kampung. Seronoknya masa tu...


Last but not least.....ni lah ukiran lantern daripada Play-Doh. Ada cerita di sebalik lantern ni. Dulu-dulu masa saya kecil lagi, kampung atuk saya belah papa saya terletak di taman perumahan di Ipoh tu. Atuk saya dikelilingi oleh penduduk berbangsa Cina. Kami adik beradik dapat lantern yang berbentuk haiwan seperti ayam, naga, rama-rama untuk dimainkan pada malam pesta lantern atau lantern festival. 


Bawaklah anak anda bermula 21 - 27 September 
Ground Floor, Highstreet, 1 Utama untuk bereksplorasi dengan Play-Doh. Tambahan sekarang ni pun cuti sekolah. 



Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan Play-Doh, sila layari laman web Play-Doh 

#playdohmonth2015

Let's Shape a Colourful Community and celebrate Play-Doh Day!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Karnival Udara Antarabangsa Melaka

Lambat sikit post yang ni keluar sebab lepas pergi Karnival Udara ni kena batuk-batuk dan demam. Kami ke Karnival Udara dan Antarabangsa Mel...