Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, September 22

Bila cuti sekolah bermula....

Cuti sekolah telah bermula....hmmmm...nak gi mana ni? Masa terfikir nak gi library ni masa hari ahad lagi. Lepas breakfast kat rumah, menuju lah ke Perpustakaan Tun Uda, Shah Alam. Perpustakaan yang lama pernah la saya pergi masa belajar U dulu. Perpustakaan yang terbaru ni first time nak pergi. Google map dulu then bila confident je tempatnya terus la pergi. 

Wow!...besarnya perpustakaan. Mengadap tasik pulak tu. 


Tinggalkan Dania jap yang tengah nak perabihkan buku untuk peperiksaan UPKK dia. UPKK ni peperiksaan Sekolah Rendah Agama untuk murid Darjah 5. Ada Sekolah Rendah Agama yang tak ada exam ni kat sekolah. Kebetulan sekolah Dania ada. 


4 tingkat kot perpustakaan ni.


Ruang study kat meja tengah ni dah takde yang kosong. 


Dania tengah baca buku tu. Kat luar tu permandangan sangat cantik. Pokok nan menghijau dan tasik. Tenang rasanya dapat study kat sini. Agak2 penat study, tengok la permandangan kat luar. 


Ada dekat 1 jam lebih kot kat sini. Perut pun dah lapar. Singgah pulak Mee Ketam kat Seksyen 7 Shah Alam. Dania pilih bihun sup plain. Dania punya RM5. 


Saya pilih bihun sup ketam. Saya punya RM9.50. Dah lama nak makan kat sini tapinya hubby dan Dania tak berapa suka ketam ni.  


Lepas kita berhenti solat kat Masjid Negeri, terus ke destinasi seterusnya. Alang2 dah sampai Shah Alam. 


Fella Design Bukit Subang. 


Suka pulak coffee table yang ada bentuk curvy ni. 


Ni style English ni tapi kalau duduk kat bench ni tak leh sandar la. 


Manisnya tapi 4 kerusi je dah harga gini. 


Meja makan coklat gelap. Ada yang minat ?


Harga ni walaupun ada discount tetapi jadi berbelas ribu juga. 


Ni lagi satu meja makan 8 kerusi. 


Saya suka tona warna tanah fabrik yang digunakan. 


Coffee Table ni simple ajer tapi harga tak la sesimple bentuknya. 


Meja makan ni gelap. Fabrik pada kerusi berwarna kelabu. 


Terjumpa dengan si cantik manis Irma Hasmie kat sini. 


Meja study ni lawa tapi harganya errrr......kerusi harga lain pulak. 


Meja makan dengan fabrik coklat gelap. 


Kalau beli meja makan ni. Utilised cuma 3 tempat duduk ajer tapi saya suka warna fabrik hijau lembut ni. 


Harga ni sama dengan yang hijau atas ni. 


Akhirnya tengok-tengok ajer. Tak beli pun. Kalau kedai perabot biasa boleh tawar harganya. Kat sini harga fix tapi kalau mintak discount dengan sales person mungkin boleh kot....

Lepas ke Fella, terus la balik. Takut lelambat nanti Federal Highway tu macet....

Apa aktiviti cuti sekolah anda?. Nampaknya kami tak kemana-mana. Tunggu cuti-cuti akhir tahun nanti...insyaallah. 

1 comment: