Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, August 24

Mitsui Outlet Park

Lepas balik dari Amverton Cove, kami singgah dekat Mitsui Outlet Park. Yang teringin sangat nak singgah tu hubby le. Saya tak heran pun. Hehe. Mitsui Outlet Park ni masa kami gi ni baru 2 hari je bukak. 


Actually dalam ni masih banyak lagi kedai yang belum bukak. 


Ada kedai jual jenama Volkswagen. Ingat kot kereta je ....


Clarks Outlet ni pun ada buat potongan sempena pembukaan MOP. 


Singgah Skechers sebab masa saya tunggu hubby kat bawah, nampak 2 family dengan plastic bag Skechers. Anak derang pun pakai Skechers jugak. Nak check it out la kot kot ada discount sebab sume pakat beli Skechers. 


Dania berkenan dengan yang ni. Takde size la pulak....


Try pulak yang ni. Ada size. End up dengan yang ni lah. 


Kotak kasut kemain comel. 


Lepas singgah Skechers, singgah restoran ni untuk minum. Yang atas meja ni bukan kami punya tapi orang sebelum kami. Staff lalu tepi buat dekkkk jer. 


Beberapa minit baru meja dibersihkan. Itu pun setelah saya panggil. Kami duduk bukan jejauh pun tapi depan cashier counter je pun.  Buat2 tak nampak je deme yer...


Memang cantik tempat ni. Ada juga customer yang tak tahan tunggu terus blah gitu ajer. Layanan masa tu memang kelas ketiga. Mungkin sebab baru beroperasi gamaknya. Baru beroperasi pun takkan teruk beno layanan mereka?....


Nak makan duduk bersila? Silakan. 




Ni lah makanan yang kami order selain air. Roti jala dengan kari ayam. 


Mungkin sebab baru beroperasi kot, staff kurang mesra. Kisah ni berlaku pada 1 / 6 / 2015 ya. Bukan baru je berlaku. Mungkin sekarang ni Restoran Hidang dah ok dah layanan mereka. 

What say you?...

2 comments:

  1. aritu nk singgah gk sini masa br2 buka..time tu blk dr holiday melaka tp bila bc review kwn2 byk lg kedai blum buka so cansel la...so xpegi2 lg la smp skarang hehe

    ReplyDelete
  2. Salam EznaKhalili,
    Sudah hampir setahun masa berlalu. Pertamanya kami dari Restoran Hidang ingin memohon maaf atas kekurangan dari segala sudut tempohari. Di kala itu, kami masih terlalu baru dan insya allah kami telah pun perbaiki segala kelemahan dari masa kesemasa. Segala kelemahan, kesulitan tempohari kami mohon jutaan kemaafan dari seluruh Warga Hidang di Mitsui Outlet Park KLIA. Walaubagaimana pun terima kasih atas sokongan dan juga positive feedback yg di berikan. Semoga kita ketemu lagi di Hidang.

    ReplyDelete