Hubby ada tanya saya nak makan mana masa birthday nanti. Gigih la google dan akhirnya kami ke Desa Parkcity ni.
Hari ni hari jadi saya....Alhamdulilah naik satu lagi usia saya....bersyukur sebab masih lagi bernafas.
17 Mei 2026.
Ok...kami dah sampai dah ke Jibby by the Park. Jibby ni dalam Serai Group.
Hubby pilih kopi. Ada heart la.
Suasana kat sini sangat best dan cantik tapi ada juga yang mencacatkan...nanti saya cerita.
Saya memegang Berry Pavlova with chocolate.
Close up Pavlova...
Tempat makan yang selesa kat bahagian luar ni sebab menghadap kehijuan taman di sini.
Tempat duduk ni macam daybed sofa je.
Nak tengok apa ada kat cermin ni....
Cantik la tempat duduk ni. Kerusi rotan dia cantik.
kat bahagian atas pun ada kalau nak duduk kat atas la.
Deko kat dalam ni banyak hiasan dedaun dan bunga hiasan.
Ambik lagi gambar kat luar ni.
Serai Group ni banyak restaurant di bawahnya.
Aura Wristlet Leona X Machino.
Hubby pilih ayam madu. Hubby kata sedap.
Dania pilih Meatball Pasta. Dania kata sedap....
Saya pilik ink squid Aglio Olio. Ni pun sedap. Portion dia just nice je tapi saya makan sikit je dah kenyang.
Birthday girl pose atas tangga. Memakai dress Disney X Naelofar Bambi. Bambi ni watak rusa dalam kartun Disney.
Meh le beramai-ramai ambil gambar atas tangga ni. Lawa tangga ni bagi saya.
Tema warna saya dan Dania ni lebih kurang je.
Sangat cantik la interior dalam Jibby By The Park ni.
Dekat Waterfront ni, haiwan peliharaan boleh dibawa jadi haiwan ni akan selisih lalu sebelah kita. Saya dulu pernah kena kejar dengan anjing dan sampai sekarang saya trauma ya. Tak hilang ya. Walau secomel mana dan sekecik mana pun anjing tu saya akan panik kalau dekat. Ini yang mencacatkan sikit ni. Tempat ni cantik je. Sesekali dengar ada anjing menyalak. Alehai......
Anjing besar ni bentuk macam Teddy Bear je. Memang besar. Nak sama besar dengan tuannya ya. Dah la dekat dengan escalator budak anjing ni.....
Anjing juga boleh dibawa sehingga ke dalam restoran ya....tak selesa nak makan la kan kalau gitu...tapi disebabkan Jibby By The Park ni kepunyaan muslim jadi memang anjing tidak dibenarkan masuk ke premis. Owner Jibby ni nama Najib. Isterinya nama Qistina. Keluarga Qistina yang mulakan perniagaan Serai ni.
Walaupun wajib dipakaikan leash tapi yang ni pakai ke?. Ada saya nampak seekor anjing tu tak pakai leash tapi dia ikut je tuan dia berjalan. Adehhhhh....saya mau tak panik....cuba anjing tu uturn kat saya.....memang dalam perjalanan pergi dan balik kat sini jumpa banyak ekor anjing la....tak best....

Tempat makan selesa, makanan sedap, dekorasi cantik tapi tu lah bab anjing ni saya tak boleh kompromi la. Next kalau nak makan kat Serai Group ni kena cari tempat yang haiwan peliharaan ni tak boleh dibawa ya....
Alhamdulilah untuk hari ini.
Oh ya kat google hari ni ada nampak benda terbang kat muka saya.
XOXO,
Ezna












Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.