Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, August 14

Aidilfitri tahun 2015 di Alor Setar, Kedah

Hari raya kedua kami dah nak bergerak nak menghala ke Alor Setar tapi paginya kami singgah rumah kawan rapat saya Jona kat Ipoh. Jona masak lontong panas special untuk saya sekeluarga. Ahhhh cair sungguh. TQ Jona. Sesambil Jona masak, borak2 dengan aunty (ibu Jona). Sayang pulak gambar kami takde.....Jona kata dia comot.....kemudian transit ke rumah ibu saudara saya iaitu kakak kepada arwah papa. Then only, bertolak ke Kedah. Pukul 3 petang baru bertolak ke Kedah. 

Jalan sangat jam lah. Jalan dalam baik highway. Alhamdulilah tiba juga kat Kedah tapi lewat la jugak. Sepanjang jalan, jalan jam. Penat pulak rasanya dok brek brek. 

Check in hotel di TH Convention Hotel. Biliknya memang agak luas.


Jom kita intai intai kamar mandi. 


Islamic Hotel jadinya sejadah juga disediakan. 


Malam tadi tak gi melawat sanak saudara mana2 sebab faktor keletihan. Pagi esoknya breakfast kat hotel. Saya mulakan dengan roti bakar, jus dan telur separuh masak. 


Ni antara rumah yang kami kunjungi. Ni rumah adik kepada arwah ibu mertua saya. Kiranya rumah ayah saudara hubby lah ni. 


Kemudian dah petang sikit tu gi balik hotel. 


Kolam renang ni dibahagikan kepada 2. Kawasan untuk lelaki dan kawasan kolam untuk wanita. 


See i told u. 



Award yang hotel ni dapat daripada booking.com 


Ada juga hari yang kami mengunjungi muzium padi. Terletak berdekatan dengan hotel yang kami tinggal tu. Ni permandangan seakan akan dalam gunung keriang. 


Lukisan ni seakan akan hidup. Cayalah pelukis yang melukis ni. Lantai kat sini berpusing dengan perlahan jadinya agak agak kalau sakit lutut, duduk ajer kat tempat duduk yang disediakan. 


Dania nak turun agak gayat jadinya ayah le jadi mangsa dia berpaut. 


Kat bawah ada pameran tentang beras dan yang lain-lain. 


Ni keratan rentas beras. 


Alatan yang digunakan. Hubby sibuk menceritakan pengalaman beliau semasa kecil. Hubby saya memang seorang anak petani yang mengusahakan sawah jadinya alatan semua ni bukan benda yang asing baginya. Saya je yang tak pernah tengok alatan macam ni. Kecik-kecik saya tengok tembok batu ajer. 


Hubby pun pernah menghempas padi kat sini sebelum datangnya alatan canggih. Kiranya pengalaman kat Muzium Padi ni mengimbau kenangan hubby semasa kecil. 


Kalau musim padi, ikan pun banyak. 


Lesung hindik. 


Ni pun alatan menangkap ikan. 


Makcik dan pakcik ni nak bersawah. Hui sempat pulak pose kat kamera. 



Kalau datang Alor Setar boleh la ke sini ya. 


Since Muzium Padi ni dekat dengan Gunung Keriang, kami nak gi mencari kristal Gunung Keriang. Kristal berbentuk anak gajah yang kecik ni for sale. Harganya RM70. Oh really? Al mahal la pulak. Kami beli kristal yang berharga RM35. Tawar2 dari harga RM40. Jadi le discount RM5. 



Kristal yang besar ni berharga RM40,000. 


Kristal ni hidup tau. Kristal ni akan tumbuh yang tajam2 tu. Kita kena rendam dalam air 2 hari sekali. 


Belakang tu Gunung Keriang lah. 


Aktiviti mengait buah rambutan kat rumah pusaka kat kampung pun ada juga. Jejaga ada pacat la pulak. Hubby yang kena. Dania excited nak mengait rambutan menggunakan galah padehal dia takut2 nak pijak rumput yang agak panjang2 ni sebab dulu kat sini pernah ada insiden ternampak ular kecik. 


Yes sempat juga makan ikan bakar sebab ada saudara hubby buat kenduri sempena beliau dan suami akan menunaikan haji. 40kg ikan2 dibakar. 


Kat sini tak ambik pulak gambar kat rumah 2 kakak ipar saya. 



1 comment: