Jumaat, Mei 22

Telur goreng lazat hanya dengan sesudu Planta

Ingat tak dulu kes jutawan gila nak menawarkan sejuta ringgit untuk membeli hakcipta resipi telur goreng?....Resipi yang sebenarnya menambat hati si jutawan misteri ni ialah #telurgorengplanta rupanya.....

Bertempat di Kompleks Membeli Belah 1 Utama pada 15 Mei 2015, ada diadakan cara memasak telur goreng Planta yang enak, garing dan beraroma. Pengacara Naz Habibur Rahman sangat menghiburkan selaku pengacara majlis. Suami saya pun kena tanya pernah masak telur goreng ke masa bujang-bujang dulu?....Hehehe....


Di pentas utama, selebriti mama Sharifah Sofia dan Chef Zaida bersedia untuk menggoreng telur Planta. 


Irma Hasmie turut join sekali acara demonstrasi #telurgorengplanta kat atas pentas tu...Sesambil mereka menggoreng telur Planta, sesekali aroma yang menyelerakan menusuk hidung saya. Ya Ampun!!! baunya sangat wangi. Membuatkan saya lapar pulak pagi bila buat entry ni. Hehehe....Next time, ibu - ibu semua boleh cuba gunakan Planta kalau nak menggoreng telur. 


Menurut kata Joel Lim, Pengurus Jenama Kategori Makanan, Unilever (M) Holidings Sdn Bhd. "Semua orang boleh menggoreng telur. Telur goreng adalah salah satu resipi yang paling mudah dan cepat untuk disediakan - jadi kenapa pilih telur goreng yang berminyak, kurang garing dan tanpa keenakkan yang dikehendaki?. Hanya dengan satu sudu Planta, keenakan telur goreng boleh digubah dengan serta merta apabila dimasak dengan Marjerin Planta yang harum aromanya. Planta bukan sahaja mempunya rasa yang tersendiri, ia juga memberi tekstur garing beserta aroma yang menyelerakan. Hasilnya - telur goreng yang dimasak tampil sempurna tanpa kesan minyak yang berlebihan dan penuh kelazatan."

Betul cakap Joel tu ....kalau goreng telur guna Planta, resipi mudah ni jadi lebih sedap tau. Tak percaya? Cuba sendiri di rumah. Bila masukkan Planta dalam kuali tu je...dah boleh bau aroma dia yang fuh! Meletopsss u alls. Dah la bau sedap, rasanya pun mengancam pulak tu. Anak kat rumah bila makan telur goreng Planta siap mintak lebih ya! Tak cukup satu. Hahahaha. 



Ok balik pada acara Jumaat lepas, pada acara yang berlangsung pada Pusat Membeli Belah 1 Utama tu orang awam telah diberi peluang untuk menyertai Perang "Resipi Telur Goreng". Orang awam dan pihak media diberi peluang merasa dan meneka perbezaan telur yang digoreng dengan Planta dan telur yang digoreng menggunakan minyak masak melalui ujian rasa. Selepas itu, mereka diberi peluang untuk mengundi resipi pilihan mereka. 


Saya pun berpeluang mengundi.....yang menang? Pastinya telur goreng Planta-lah!!!

Untuk maklumat lanjut tentang Planta atau resipi telur goreng Planta, sila layari laman sosial Facebook Planta di www.facebook.com/PlantaMalaysia atau saluran Youtube Planta di www.youtube.com/resepiplanta 

Marjerin Planta boleh didapati di semua pasar raya di seluruh negara dengan harga runcit RM4.90 untuk 240gm dan RM8.40 untuk 480gm. Semua harga adalah termasuk GST. 

Nantikan entry seterusnya untuk resipi telur goreng Planta untuk si manja hebat! Sambil itu, kita trendingkan #telurgorengplanta  !

1 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.