Bila kena masuk awal….

Watsons ni masa Dania tanya-tanya nak minta kerja tu Kakak Shu ada bagi tahu, kadang-kadang kena masuk jam 8.30 pagi. Haaa 8.30 pagi tu....by the time bukak je kedai jam 10 pagi tu semua dah ready dah. 

Dania dah siap-siap makan burger CP kat rumah. Tengok la kanan ke kiri ke ke kedai tak buka lagi. Lengang sangat sebab kami tiba sini jam 8 pagi. 


Booth kat tengah ni pun bertutup kain hitam lagi. 


Memang lengang-selengangnya la pagi ni. Tapi....ada yang dah nampak buka kedai separuh juga seperti Tommy Hillfiger. Kena prepare siap-siap kot sebelum bukak kan....


Nampak cleaner dah ada mencuci lantai, bilik air...tapi yang kelakarnya bilik air perempuan ada yang tutup dan ada yang dah buka. Dania nak pergi bilik air pun kena teman la tunggu kat luar sebab masih tak ramai orang kan. Kena berhati-hati juga di mana sahaja kan....


Ummi nak juga naik escalator tu manual macam naik tangga sebab masih tak beroperasi. Jam 10 agaknya baru bergerak escalator tu. Nak hantar Dania. Saya jenis dah nampak ada orang saya ok je. Baru tenang nak bergerak. Masa ni hubby tunggu kat bawah je. Ada beberapa orang duduk kat lantai tunggu Watsons ni buka. 

Kerja elok-elok untuk hari ni ok?. 


Ingat boleh la makan kat sini...Oriental Coffee ni tapi Isnin - Jumaat bukan jam 9 pagi. Sabtu - Ahad buka jam 8 pagi. Masa tu jam 8.25 pagi camtu malas nak tunggu sampai jam 9.00 pagi jadi keluar la kami breakfast kat tempat lain la. 


Bekal Dania hari ni ialah Mac & Cheese wrap x 2. Mac & Cheese ni letak bayam, udang, sotong dan cendawan butang. Senang boleh refer kemudian hari nanti bila tak tahu nak bawa bekal apa. Ni lepas ambik gambar gulungkan kemudian potong dua. Senang la nak makan nanti. 

 

First time la masuk awal kerja kat IOI City Mall. Masa kerja F.O.S masuk jam 10 pagi je. Time tu kedai pun semua dah buka. Pengalaman la masuk kerja time semua kedai masih tutup. 




XOXO,
Ezna

1 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Pengalaman baru untuk Dania! Memang terasa janggal kan bila masuk mall pagi-pagi time kedai banyak tutup lagi, rasa macam mall tu kita yang punya 😄 Bagus Ezna & suami tetap gigih menemani dan tunggu sampai keadaan ok..sekarang memang kena jaga keselamatan anak-anak..orang jahat bersepah kan.. Mesti kenyang Dania dapat bekal Mac & Cheese wrap sedap tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.