Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, July 3

Trip to USA (Yosemite National Park/LAX) Day 10

Akhirnya trip kami sampai ke penghujungnya. Selamat tinggal hotel kami. Kejap ajer dah sampai 10 hari kami kat bumi Amerika ini. Masa ni dah check out. 


Kami dah breakfast kat hotel. Kami panaskan balik prawn biryani. Tour bawa kami untuk breakfast fastfood. Ada Burger King, Popeye's dan McD tiada dalam gambar. Kami ke McD minum kopi. Saya tengok menu di McD di sini ada burger bacon. Kat Malaysia memang takde. 


Ni tengah mendaki bukit untuk ke Yosemite. Cantiknya permandangan.


Tour guide kata kat bukit ni ada pendaki mendaki kat sini tapi tak semuanya sampai ke puncak disebabkan bukit ini yang curam dan licin. Yang tak berjaya tu jatuh dan chances nak hidup tu mungkin tiada. 



Beautiful. Ambik gambar dalam bas je ni. 


Ni nak pergi tengok air terjun ni. Kena lalu bawah pokok yang tinggi ni. Ala ala pokok dalam citer Twilight 
:-)


Wah...cantiknya air terjun ni. 


Nak naik atas kayu ni sangat licin. Dania jadi photographer ni. 


Dania dengan pokok yang sangat tinggi. Mungkin berusia beribu tahun ni. 


Masa ni tengah tunggu ayah Dania gi washroom. 



Ada dua tempat tour bus kami berhenti. Pitstop kedua ambik gambar permandangan kat sini. Cantik sangat kat sini. Gunung kat belakang tu ala ala berwarna biru. 


Pose yang ni Dania malu. Hehehe. 




Gambar kami berdua. Permandangan di belakang tu ala ala lukisan kan?



Lepas ajer ke Yosemite, terus lena dalam bas sampai la kami ke destinasi seterusnya. Kali ni stop untuk makan tengahari di Fresno, California. Pelancong lelain yang nak makan chinese buffet makan kat King Buffet. Kami jalan-jalan kat Farmer's Market. 


Ceri ni sedapnya. Manis sangat. Kami beli la sikit. 


Ni buah apa ni?. 


Ni pun saya tak pernah tengok. 


Cari tempat duduk dan makan prawn biryani. 


Ni la King Buffet ni. Lepas tu kami berjalan kat plaza bersebelahan dengan King Buffet. Uncle dalam gambar ni kata Malaysia? Is it a part of Thailand. Hmmmm.......


Saya ada ternampak booth yang dijaga oleh seorang yang bertudung lalu saya beri salam. Akhirnya saya disuruh untuk memilih perfume oil pilihan saya. Wahhhh saya mungkin terlebih friendly. Hehehe. Akhirnya saya dapat perfume oil ini beserta no telefon beliau. Kot kot la saya nak telefon atau kebetulan berada di San Francisco. Rezeki jangan ditolak. 


Dalam bas menuju ke Los Angeles, tour guide pasang movie ni. Katanya one of her favourite movie. Cuba teka movie apa? Saya pun suka movie ni. All is well :-) 


Jam 7.00 lebih malam kami pun tiba di Tom Bradley International Departures. 


Ada senarai pintu flight yang kita naik. Eva Air di pintu C. 


Sibuknya airport LAX ni. Walaupun kaunter check in Eva Air tak bukak lagi tapi line dah mula panjang. 


Kami sangat cuak bila masuk ke kaunter imigresen. Siap ada staff imigresen yang sound. Don't you think you will find sunshine here. Please take off your sunglasses, scarf. Saya dah cuak giler kot saya kena tanggal tudung depan ramai tu. Akhirnya saya senyum ajer tapi ada sorang staff imigresen perempuan suruh Dania jalan dengan ayah dier manakala saya kena masuk bilik kecik untuk scan dengan dua tangan kena angkat  ke atas (macam bentuk V terbalik) dan kaki didepakan. Lepas tu saya tengok bilik tu cam berpusing. Macam dalam citer mat salleh yang saya tengok la. Akhirnya saya keluar. Cuak ok....lepas tu saya senyum kemudian staff perempuan tu sekali lagi tahan saya kata I'm sorry mam. It's my fault. Can i pat your head?. Lepas dia pat tu rasa cam happy sangat. Saya terlepas dari imigresen tu. Syukur semuanya berjalan lancar. Masa nak masuk US, uncle imigresen tu punyalah baik. Friendly. Nak keluar macam ni pulak.....nak nak kita ni muslim. 

Masa ni Dania dah mula mengantuk. Flight kami pukul 1.55 am. 


Pekena coffee dulu kat sini. Saje nak habiskan masa dan duit syiling US. 


Hiasan ni bila berpusing ala ala bunyi gelas. Unik sangat. 



Ni kami nak pergi ke gate kami ni. 


Cuak jugak bila tetiba ada anjing standby kat gate C. Lama-lama anjing tu pun pergi. Phewww. Masa tengah tunggu tu tetiba ada orang menangis. Mulanya bercakap melalui telefon ajer. Kuat juga cakapnya. Kemudian makin kuat tangisannya membuatkan semua orang tengok dia. Akhirnya ada staff Eva Air bawa beliau ke tempat lain. 

Pengalaman dapat melancong ke USA ni akan saya kenang sampai bila-bila. Ni lah tempat yang paling jauh kami melancong. Dekat 16 jam dalam flight. More to come? Insyaallah kerana visa USA yang saya dapat pun selama 10 tahun. Kalau ada rezeki.....

~The End~

4 comments: