Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, May 12

Bila kereta sakit

Hari sabtu minggu lepas lepas hantar Dania ke Sekolah Kebangsaan sempena sekolah ganti dan siap breakfast di nasi lemak Seri Petaling, hubby call nombor Volkswagen assist. Dalam masa 45 minit - 1 jam, tow truck datang. Kereta kena naiklah lori ni. Niat di hati hubby nak ikut lori ke service center tapi bawak awek la pulak. 



Jadinya pergi service center naik kereta. Dok ikut belakang lori sampai 1 tempat lori hilang. Cuak jugak dia ikut jalan mana la pulak. Hubby kata jangan dia hantar awek tu kat tempat lain dah...


Ok....lori bawak kereta pun dah tiba. Psst...ha tu tengok awek tu. Pakai spec hitam oiii :-)


Lepas dah settle dengan service advisor terus relaks kejap sambil minum teh tarik ni. Niat di hati nak makan kuih2 kat sini tak jadi sebab cleaner tak tau kuih ni beli kat mana.Kereta kami ni ada masalah under power bila bawak padahal kuasa turbo. Bagi check la dan tengok apa masalah sebenarnya.


Tengok2 dulu kereta kat showroom. 


Masuk nak test Passat pulak. Design sporty. Bumbung agak rendah. Macam ala-ala Mazda 3 saya dulu bila mana bumbungnya rendah. 


Susah hati sungguh bila kereta sakit. Nasib saya ada kereta lagi satu jadinya mudah sikitlah. 

1 comment:

  1. still pakai touran lg? sy plan nak beli tp berbelah bg. bila bndingkan xtrail dan crv, touran tetap di hati kerana features dan tekno.

    so far aft change the dsg apa prob tak?

    ReplyDelete