Dalam jam 4.30 petang, kami tiba ke hotel penginapan kami di Hyatt Regency, Teluk Cempedak. Hotel ni memang tepi laut.
Masuk dalam bilik, ada tulisan dekat cermin. Happy Birthday Dania. Wahhh first time nampak tulisan di cermin.
Saya ada request birthday Dania ni masa booking.
Kat atas meja ada kotak kek dan sampul berisi kad birthday dari Hyatt Regency. Extra special sebab Dania dapat kek. Seronok la birthday girl.
Thanks Hyatt Regency, Teluk Cempedak!
Kek dia takdelah besar sangat.
Macam kek span ada 3 layer.
Bilik air dan mandi asing.
Kat dalam ni pun ada almari baju. Banyak juga hanger yang disangkut.
Ada 1 king bed dan 1 day bed. Dania tidur kat day bed ni yang diletakkan sebelah katil. Takdelah tidur kat belah kaki.
Petang, kami keluar berjalan kaki ke pantai Teluk Cempedak. Dekat sangat.
Singgah Chagee sebab Dania nak . redeem birthday reward sebab Dania tier Cha Explorer. Selesa betul la Chagee ni.
Jalan-jalan lagi...kami nak makan berdekatan je hari kami tiba ni. Esoknya baru la nak jalan-jalan.
Dah nak malam dah ni.
Akhirnya ke sini.
Ramai juga orang yang makan kat sini.
Dania order kuetiau kungfu. Ok ni sedap.
Saya order Pad Kra Pow katanya memang orang akan order ni tapi ayamnya tu macam tak sampai la. Plating dia memang cantik la...ni saya puji.
Hubby order nasi dengan paprik sotong tapi sotong dia a bit liat sikit. Plating dia cantik sama macam hidangan saya. Tapi, saya rasa porsi nasi tu banyak betul.
Air saya pilih honey soda. Yang ni ok bagi saya.
Kat luar tempat kami makan tadi ada menjual macam seafood cucuk lidi.
Berjalan la kat Teluk Cempedak ni.
Ada pertunjukkan api la. Saya mulanya tertanya juga ada pertunjukkan api ke kat tepi pantai macam kat Langkawi. Rupanya memang ada.
Takdelah lama sangat kami kat sini.
Ramai juga yang lepak tepi pantai.
Nampak tuxedo cat ni tepi Chagee. Boleh tengok kamera pulak dia.
Hotel kami waktu malam.
Kolam atau dikenali juga dengan nama Rangoli / Muggulu / Alpona / Aripan. Seni lukis lantai tradisional kaum India. Dihias menggunakan tepung beras, kelapa parut, serbuk kapur atau kelopak bunga.
Terletak kat bahagian tengah lobi.
Lepas tu kami ke pantai pula. Betul-betul belakang hotel. Ada pondok yang kita boleh duduk.
Ambik gambar lautan yang ada percikan warna biru. Pernah dengar tak tentang fenomena air mata biru atau blue tears yang berlaku di Teluk Cempedak dan beberapa tempat?.
Apakah itu air mata biru?
Ia disebabkan oleh jutaan organisma marin mikroskopik seperti dinoflagelata (sejenis plankton) yang menghasilkan cahaya bioluminescence apabila terganggu oleh pergerakan ombak atau arus air.
Mungkin lampu dari kapal, mungkin juga fenomena air mata biru....tak dapat dipastikan.
Lepas dah habiskan masa sebentar tepi laut ni...kami balik bilik la. Rasanya malam ni awal saya tidur...dalam 9.30 malam dah mengantuk.
Esok pagi 8 Nov 2026, saya plan nak jumpa kawan saya kat Teluk Cempedak. Masa untuk 😴🌙
Ezna
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.