Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, December 30

Janda Baik Part 2

Ok nak habis dah entry Janda Baik ni :-) Paginya ada breakfast untuk 2 orang kat Coffee House. Dania kena bayar RM10 ajer. Jangan risau tentang makanan kat sini. Sememangnya halal kerana hotel ini dipunyai oleh orang muslim. Bolehlah makan tanpa was was. 


Habis je makan, posing kat depan hotel. Berlatar belakang bukit bukau. Cantik permandangannya. 


Ingat kot nak mandi kat sungai tapi memikirkan macamana nak tukar baju semua, then basah pulak seat kereta jadinya tak jadilah nak mandi. Lainlah kalau kami ada khemah. Boleh juga tukar baju dalam khemah tu. Akhirnya balik hotel tukar baju. Cuma hubby dan Dania ajer yang mandi kat pool. 


Ini bukan berenang tapi merangkak dalam air. Kih kih kih. 


Sesekali bila Dania nak mandi kat kolam dewasa, Dania naik kat belakang ayah. :-) Ni kenapa keduanya tutup mata lak ni? 


On the way nak balik, singgah la tempat menarik. Ikut GPS ajer kolam air panas kat Bentong. Ni hubby sempat merakamkan portrait ummi dan Dania. Dalam gambar nampak tempat macam menarik ajer. 


Ni lah kolam air panas tu. Ada pembinaan berdekatan dengan kolam air panas ni. Kat atas jeti tu penuh dengan kayu-kayu dengan simen yang dah kering. Macam tak berjaga ajer tempat ni. Dalam kolam ni pun nampak airnya keruh. Ada beberapa keluarga mandi manda dalam ni. Errr? Me tak teringin nak mandi manda kat sini. Tak nampak pulak tempat nak bersalin baju kat sini. Sayang....tempat pelancongan tapi fasiliti kurang dan kawasan macam tak berjaga. 


Percutian yang pendek tetapi kami tetap gembira :-) 

5 comments:

  1. Bestnya
    Tak penah lagi bercuti ke sana..

    ReplyDelete
  2. Teambuilding kami di sini dulu..memang best..tapi syang tak sempat nak mandi swimming pool...

    ReplyDelete
  3. la...rugi akak tak pi mandi kt sungai dia...air dia cetek je..sejuk plak tu..tenang dan damai je kak..

    ReplyDelete
  4. Sweet and loving mother and daughter pics u have there

    ReplyDelete