Thursday, November 14

Makan Time : Restoran Dinalang Ais Kacang Salji Alor Setar Kedah

Mostly setiap kali balik kg hubby mesti singgah beli ais kacang kat sini. Keistimewaan kat sini ialah pada ais kacangnya yang sangat halus bak salji salji real pun me tak pernah tengok lagi. Hehehehe....

Lihatlah tekstur ais kacang ni, halus kan? Restoran ni wujud masa hubby me kecik lagi dan memang famous orang datang sini pekena ais kacang. Hubby kata yang buat sedap ais kacang ni bahan yang digunakan. Resepi turun temurun owner ni. Kini, anak owner ni yang menguruskan perniagaan ayahnya. 




Dania pilih nasi ayam. Sedap juga rasanya. 


Ni ruper anak ummi yang kenyang makan nasi ayam. Nasi ayam memang nasi kegemaran Dania. 


Restoran ni terletak bersebelahan dengan Balai Polis Simpang Empat, Alor Setar Kedah. 


Balik ke utara tak sah lah kan kalau tak pekena bihun sup utara ni. Nyumsss sangat. Hubby dah kenyang so share ajer bihun sup dan nasi ayam. 


Restoran ni pun pernah feature dalam Utusan Malaysia di sini 

2 comments:

  1. dulu kedai ni nama kedai din..mmg sedap ais kacang dia.. dulu 1.20 je.. skrg tatau bape..tp still murah compare ngn hrga kt kl knn..xtry nasi kandar ramli ke?

    ReplyDelete
  2. dapnye tgk ais kacang tu...dugaan org pose tgk gmbr makanan kn..lprrrr

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails