Me dan keluarga adik me berkonvoi bersama-sama ke Teluk Intan pada 2 November 2013. Berhenti dulu kat R&R Sg Buloh untuk breakfast. Ramai juga kat sini terutama yang berkonvoi naik motor besar.
Terjumpa dengan ND Lala so me dengan selamba minta izin ambik gambar dengan Dania. Hehehe. Shila Amzah takde tapi adik Shila Amzah ada la. Dania kenal Shila Amzah tau....;-)
****Entry kali ni me letak gambar yang banyak ye ;-)
Duduk la semeja beramai-ramai. Ni Zharif anak saudara me :-) Suka pulak gambar ni.
Yang ni mama Zharif aka adik me Elza.
Jenuh juga lepas tol Bidor nak ke Teluk Intan. Rasa berjam pulak sebabnya ikut jalan dalam. Ni la lokasi majlis kat Hotel Grand Court Teluk Intan.
Shuk & Anis. Shuk ni anak kepada sepupu me jadinya Shuk ni dua pupu me ;-)
Budak ni nak ayah dier dukung yer. Kemain manja.
Me terjumpa kawan lama masa Sekolah agama dulu kat sini. Masing2 tengah ambik makanan pastu me perasan masa Linda ni ambik air. Dari sisi sebijik macam kawan me so me pun letak pinggan kat meja dan sesajer jalan kat meja dier. Ternyata ni kawan me Haslinda. Linda ni rupanya dah lama pergi klinik sepupu me iaitu ibu kepada pengantin lelaki ni.
My sis dan anak dengan sepupu me juga. Ini ibu saudara pengantin lelaki.
Dania dan Zharif.
Kat pelamin pulak kita ambik gambar yer. Bila bapa saudara pengantin lelaki kata buat macam rumah sendiri, zass terus kat pelamin. Ngeh ngeh.
Ni gambar dari fb my cousin yang tag nama me. Kita ambik gambar dier, dier ambik gambar kita yer Kak Pi tapi me suka gambar ni ;-)
Ni me yang ambik gambar Kak Pi.
Sepupu me Kak Ju dan suami dengan Lan.
Ni abang kepada Lan iaitu Lin (Pronouce as Len) dan anak-anak.
Kak Ida dan suami. Dari kecik panggil Kak Ida, dah besar tak tau pulak nama sebenar.
Ni Tak sepupu me dan cucunya.
Ni Kak Suraya iaitu kakak kepada Lin dan Lan.
Ni maksu bersama anak-anaknya iaitu sepupu me Liana dan Nadia. Adik bongsu mama me. Mama memang ngam ngan maksu ni. Mama panggil A..a...kalau nampak adik beradik mama me automatik rasa sayu je.
Ni paksu dan suami Kak Suraya.
Ni ibu saudara me Che An. Kakak kepada mama me.
Anak saudara me Zharfan dan papanya.
Abang Zharfan, Zharif dan mamanya Elza. Adik me.
Ni bibik mama me dulu. Now dengan my sis pulak. Sudah bibik nak mintak gambar ni sebab katanya nak frame besar-besar. Hehe.
Bibik segan nak ambik gambar kat pelamin. Hehe.
My Dania dengan bunga pahar dari bunga kekwa. Ni bunga hidup ni. Kemain besar. Ada sarung love di dalamnya Toblerone. Sedondon dengan tudung Dania. Ada warna putih jugak. Sedondon gak ngan baju Dania ;-)
Jom bergambar beramai-ramai jom.
Ni kakak mama me. Dari kecik panggil Yum.
Entry kali ni banyak gambar2 saudara me belah mama ;-) Me yang banyak mingle ngan saudara-saudara me ni. My sis jenis segan sikit. Me fikir me nak mengeratkan silaturrahim sebab mama me kan dah 'pergi' dulu jadinya me nak menyambungkan tali persaudaraan ni. ;-)
selalunya dalam family akan ada sorang ahli keluarga macam u yang rajin bertanya sedara yang lain.. anyway, suke tengok kenduri yang luar KL..
BalasPadamoh really? I guess dalam keluarga ni tak lain tak bukan i lettew ;-)
Padam