Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, November 13

Apa yang membahagiakan hati ummi

Pada satu petang, balik dari sekolah Dania tunjuk surat ni.



Dania dapat Anugerah Lonjakan Bestari. Ummi dok tanya kat dalam facebook rupanya anugerah ni dapat tukar ke kelas yang lebih baik. Ada juga cakap sekolah lain kalau dapat Anugerah Lonjakan Bestari tak dapat Anugerah kat dalam Anugerah Cemerlang ni. So Hari Jumaat 15 November 2013 majlisnya. Dalam kelas Dania, 4 murid dapat Anugerah Lonjakan Bestari dan seorang murid dapat Anugerah Lonjakan Saujana. Yang dapat Anugerah Lonjakan Saujana tu murid yang duduk sebelah Dania. 


Pada mulanya cikgu ada bagitau buat murid-murid yang baru masuk sekolah dan tak ambil kesemua peperiksaan PBS (Dania masuk sekolah tengah tahun dan ambik cuma PBS 3 & PBS 4) tak ada peluang nak dapat anugerah kategori i, ii dan iii kat surat atas. Jadi me memang tak meletakkan harapan lah. Eventhough peperiksaan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) 4, kertas Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Sains Dania dapat perfect marks. Alhamdulilah. Time me dulu peperiksaan akhir tahun yang dikira untuk tentukan siapa yang dapat naik stage untuk kategori anugerah cemerlang. Kali ni Peperiksaan dari PBS No 1 sampai 4 dikira. 

Me bahagia sebab Dania dapat menyesuaikan diri kat Sekolah Kebangsaan dalam waktu yang sangat singkat. Oh ya, bersyukur juga kerana Dania dapat juga naik stage kat Sekolah Rendah Agama pada 14 November 2013 (1 minggu lepas birthday Dania). Selain daripada masuk Nasyid Dania juga dapat No. 1 dalam kelas :-) Alhamdulilah. Masa kat Sekolah Rendah Sri Pintar Al Amin, me tak berpeluang nak tengok Dania masa ihtifal sebab Dania suka sangat No. 9 dan No. 10 :-) Bila nak berhenti pulak dapat No. 2 jadinya memang tak naik stage lah sebab tu peperiksaan tengah tahun :-)

Dania ni me tak push lah suruh belajar belajar dan belajar. Tuition memang tak ada. Dania belajar sendiri. Maybe tahap 2 nanti me consider Dania pergi tuition. Me bagi nasihat dan sokongan supaya Dania terus belajar. Nasihat bapa Prof Muhaya kepada Prof Muhaya, belajar rajin2 sebab nanti dah berjaya dapat tolong orang :-)

3 comments:

  1. tahniah....ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..

    ReplyDelete
  2. tahniah dania :) semoga anak2 kita ni boleh jadi orang yang berjaya dan dapat tolong orang lain :)

    ReplyDelete