Friday, June 14

Setelah hampir seminggu di sini...

Cepatnya masa berlalu kan?...Hampir seminggu Dania kat sekolah barunya. Pejam celik pejam celik kejap je kan?. Ni gambar masa me ambik kat Sekolah Rendah Agama. Abaikan baju yang besar itu yer...saje me pilih size besar so boleh pakai lama sikit. Hehehe....:-)


Gambar ni masa perhimpunan sebelum masuk kelas kat Sekolah Kebangsaan. 


Masuk je sekolah baru, kena praktis untuk hari sukan pulak so semalam Dania kena pakai baju sukan terus dari rumah. Beg Dutch Lady tu beg bekal dier :-) Beg ni agak besar so me mencari jugak beg yang kecik. 


Terjumpa Bento Set kat Tupperware USJ. Terus berkenan sebab dapat sekali dengan beg kuning comel ni. Harga tak silap me RM39.90. Dapat 2 tupperware yang ada divider plus beg kuning. Yang sudu dan garpu tu kena beli additional so tambah RM3.90 1 set. I terus grab 2 sekali. Sudu dan garpu ni boleh melekat sekali so tak le hilang kan. Limited set je ni. Yang berkenan, harus la ke cawangan Tupperware. Ishhh macam promoter Tupperware pulak dah....:-)


4 comments:

Related Posts with Thumbnails