Friday, April 26

Nilai satu voucher : : Tips untuk bahagia : :

Me ada dengar segmen motivasi pagi kat IKIM FM masa on the way nak hantar Dania pegi sekolah. So tadi, me pergi Mid Valley dengan Mr Hubby. Lepas ajer me tapau SF Coffee, me teringat apa yang ustazah Laila masa motivasi pagi cakap. So me pun cakap ngan hubby. Abang, ena nak bagi pak guard tu voucher SF Coffee. So, me pun berjalan ke arah pak guard tu. Me kata....pakcik....tunjuk ni kat SF Coffee tu nanti pakcik dapat coffee FREE. So, dengan muka blur pakcik tu kata ini untuk saya?....terima kasihlah. Tapi me tahu dalam terkejut tu pakcik tu happy sebab me bagi voucher free coffee. Pakcik tu senyum sampai ke telinga me tengok. Me pun berlalu dengan senyuman. Bahagia sangat me rasa masa tu. 


Ok...actually me praktikkan apa yang ustazah tu bagitau. Kalau nak bahagia, kita kena bahagiakan orang  lain dulu baru diri kita bahagia. Ustazah tu sendiri ada mencabar dirinya. Dia bayar duit tol untuk orang belakang dia. Ustazah tu kata lepas tu dia rasa sangat bahagia. Kalau kita penuhi keperluan orang lain, in syaa allah, Allah pula akan penuhi permintaan kita. 

So anda semua, jom try buat orang bahagia. Apa yang anda rasa? Ustazah tu juga bagitau boleh juga bagi hadiah kat orang lain. Tak payah tunggu masa hari jadi baru nak bagi. Mesti yang terima hadiah tu akan rasa bahagia. 



*****Mungkin memang rezeki pakcik tu sebab kebetulan pakcik Guard tu berdiri betul2 depan SF Coffee. :-) 

*****entry ini untuk berkongsi rasa bahagia. Takde niat untuk menunjuk-nunjuk.....:-) Jom buat orang bahagia. 

9 comments:

  1. Kita seronok, pakcik tu lagi seronok :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok pakcik tu. :-) Alhamdulilah rezeki pakcik tu di hari jumaat yang mulia...

      Delete
  2. Perkongsian yg baik...
    Membuka mata saya tak semestinya bahagiakan ahli keluarga sahaja baru kita bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nad, akak pun dengar ustazah Laila yang kongsi. Bahagiakan orang sekeliling.....:-) Moga kita pun bahagia...

      Delete
  3. entry yang bagus. Aura kebahagiaan orang lain akan datang kepada kita kalau kita membantu mereka untuk bahagia =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita bahagiakan orang sekeliling kita. Apatah lagi kedua ibu bapa kita...:-)

      Delete
  4. sweet :) :) i know how it feels as i have been doing the same thing :) me bg brg2 me kat cleaner yg cuci office me :) :)

    ReplyDelete
  5. wow... :) yes, i suke membahagiakan orang2 di keliling i juga.. walaupun tak seberapa tapi i tau derang akan senyum sampai ke telinga :D

    ReplyDelete
  6. ..Yg sedang membaca en3 ni pun, tumpang rasa bahagia

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails