Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, January 10

Warna warni jualan gudang Kiko

Hari ni me pergi warehouse sale Kiko yang terletak berdekatan Bandar Puteri Puchong. Bukan me yang nak pergi sebenarnya. Kawan me yang beria nak pergi since nak beli baju untuk si cilik comelnya itu. Me teman ajer.

Rupanya bukan jenama Kiko ajer. Ada beberapa jenama kat sini. Cumanya hari ini jenama Kiko ajer yang ada jualan gudang.



Me ada masuk sekejap ajer dalam tu. Me tolong le cari jugak baju baby boy my friend itu. Sebenarnya nak suruh balik cepat lettew...hehehe. Sementara my friend bayar, me sempatlah ambik gambar gelagat mereka kat situ. Ramai yang memilih baju di luar tempat pembelian ini. Gamaknya mula-mula masuk semua yang berkenan dalam plastik then baru mula memilih yang mana nak beli yang mana tak nak beli.


Semua pelanggan sibuk memilih baju Kiko mana yang nak diambil. Ada juga yang sedang mengira budget yek.



My friend dengan senang hati memborong 1 plastik yang katanya dengan harga yang dibayar itu kalau hari biasa jenama Kiko ni cuma lepas 2-3 helai baju sahaja. Berbaloi tak? Me tengok ada harga serendah RM3 pun ada. Baju-baju, kelengkapan bayi. Sayangnya baju Kiko untuk kanak-kanak umur Dania takde. Kalau idak....dah lamaaaaaa dah me borong. Tapi bagus juga. Selamat poket....:-)


16 comments:

  1. Tak dapat pegi sebab jauh..payah sbb anak2 sekolah..komitmen naj berjalan on weekdays tak dapafla..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alehai....sebab kawasan ni dekat2 area me so okay la. Kalau jauh, me pun tak terdaya....

      Delete
  2. me tak larat nak bersesak2 kat jualan gudang hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me ok ajer cuma kalau me nak datang, haruslah di waktu pagiiiii :-)

      Delete
  3. sampai bila ena?? borong baju erfan best gak..

    ReplyDelete
  4. wow.. bunyik macam best tapi tak yahla nanti ila yg semput kat situ hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ila bukan setakat semput. Takut terpengsan sebab ramaiiiii giler umat kat dalam ni....

      Delete
  5. ala kalau tau u gi boleh kirim sekali ehehehe

    ReplyDelete