Isnin, Disember 10

Sepetang di Bagan Lalang

Bila hubby tanya hari ni nak pergi mana?. Me yang bagi idea nak pegi Bagan Lalang. Dah lain sangat Bagan Lalang semenjak ada Golden Palm Tree Resort tu. 

Dania mata dah syok tengok layang-layang yang dijual kat sini. Angin laut sepoi-sepoi bahasa tu sesuai sungguh nak main layang-layang. Dengan harga RM10 Dania pilih layang-layang gambar karakter princess.


Ayah tukang naikkan layang-layang bagi tinggi.


Dah tinggi layang-layang, Dania pulak yang pegang. Tolong pegang ajer. Bukan tinggikan layang-layang tu.


Ada gambar bertiga. Cik Tripod....thank u. Senang sikit tak payah suruh orang lain tolong snapkan. Nampak ada beberapa tent kat tepi pantai ni. Hubby cakap nak beli tent la sebelum pergi Gold Coast next year sebab nak relaks tepi laut sana. Not sure ada ke orang bina tent tepi laut kat sana. Hehehe....


Actually, masa ni pukul 5 petang. Panas tapi bila ambik gambar menghadap matahari jadi gelap sikit gambarnya macam dah nak malam.


Istana pasir siapa la ni? Kreatif...


Dah boring main layang-layang Dania nak main kat taman permainan ini pulak. Nampak baru la taman ni.


Lepas main permainan kat sini, Dania sambung main buaian kat taman permainan lama depan medan selera. Ummi dan ayah menikmati pisang goreng panas. Nikmatnya lah. Tapi cicah cili yang tak berapa kick. Ni cara makan pisang orang Johor.


Makan goreng pisang sambil tunggu Maghrib. Solat kat surau yang terletak dekat medan selera ini. Masa nak pergi kat kereta i snap gambar suasana malam di sini.


Ada jugak yang main-main kat pantai waktu Maghrib.


Lepas tu terus nak pergi makan seafood. Nanti me buat entry yang lain.

8 ulasan:

  1. hehe mmg dh lain sgt bagan lalang skrg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. me dh lama tak pegi sini....wahh pic bertiga tu...sweetnya--sedondon biru tu ;)

      Padam
  2. Wow. Like cuti2 malaysia brochure ! Very nice . I can feel the bayu laut in my hair.

    BalasPadam

  3. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    BalasPadam
  4. bestnya..dah lama xg bagan lalang..uhu

    BalasPadam
  5. nak serbu bagan lalang weekend nih insha-Allah!

    - www.FaridAdam.com -

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.