Isnin, Disember 24

Menikmati keindahan alam

Dah lama jugak tak jalan2 kat Taman Bukit Jalil bersama family me. So hari Ahad semalam me and famili ke sini. Datang pun dah pukul 11 pagi. Sempat lagi breakfast kat mamak. 

Sebenarnya taman ni ada 3 section. Kalau parking kat exit Taman ketiga, nak datang main permainan kanak-kanak kat Taman yang terletak di exit 1 kemain jauh nak menapaknya. Kalau nak exercise turun naik bukit boleh ajer :-). 



Matahari yang terik pun dah say hello.....



Ayah sibuk mengajar Dania nak naik scooter. Dania agak takut-takut nak naik scooter ni sebab kawasan kat sini berbukit.



Sementara Ayah tengok-tengok Dania main kat taman permainan, me pijak batu kat sini. Terkena batu yang lonjong, ouchhh sakit kaki. Tapi lepas 2 pusingan kat sini sedap pulak rasanya.


Taman permainan kat sini macam baru je dicat. Vibrant colours.



Kat kolam kat sini ada hidupan seperti ikan dan kura-kura.



Dah exercise sekejap so kami pun nak balik dah.



Matahari dah memancarkan cahayanya.



Cantik pulak kawasan kat sini.Kawasan berbatu.



Tadi kami berjalan nak ke taman permainan. Kali ni hubby kata naik tangga pulak. Ikutkan hati malas nak lalu sini sebab kawasan hutan ni ada babi hutan. Eiii kot terserempak naya.



Memang ada signboard Haiwan Liar kat sini.


Ada juga kawasan lapang kat atas ni.



Yay....dah nak sampai dah sebab nampak jambatan ni.


Yang bestnya walaupun tengahari tapi redup ajer lalu bawak pepohon yang rendang ini.



Just nak share gambar burung kat pohon renek kat sini. Cantik pulak me rasa pohon kehijauan ni. Tenang ajer.



Penat juga walau berjalan ajer. Berjalan juga satu cabang senaman.

10 ulasan:

  1. tenangnya...tak sangka kat bukit jalil ada tempat secantik ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cantik memang cantik tapi kena berhati-hati dengan babi hutan kat kawasan hutan tu. Me pun cuak jugak.....

      Padam
  2. seronok kalau ada tempat yang masih hujan di kawasan perumahan sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok mira :-) cuma me takut kot kot terserempak dengan babi hutan....hutan masih tebal ada area taman ni.

      Padam
  3. cantik sgt kawasan ni. rasa tenang je tgk :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan....:-) tetapi berhati-hati dengan babi hutan juga.

      Padam
  4. Dofollow blog ni, lepas baca entri tuan blog di eyriqazz dot com
    Untung duduk di kawasan yg masih ada kws hijau.. susah nak cari kat bandaraya ni,.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...