You alls dah pernah sampai Wetland kat Putrajaya tak?. Me first time datang ke sini. Dalam GPS Tom Tom me takde nama Wetland ni so kami menuju ke Taman Botani. Lepas tu ikut signboard nak ke Wetland.
Kami nampak signboard Wetland pusat rekreasi air. Bukan Wetland ni yang dicari. Tapi me sempat la snap gambar kat sini. Cantik rupanya permandangan kat sini. Ada aktiviti berkayak kat sini rupanya.
Wetland yang kami nak pergi ni ke depan lagi. Dari Wetland rekreasi air ni terus ajer naik flyover di depan. Wetland tu kat sebelah kiri. Ada tertera Taman Wetland di pintu gerbang yang diperbuat daripada kayu balak.
Apa yang menarik kat sini ye? Selain daripada permandangan yang mengagumkan, ada kolam yang menempatkan spesis itik dan burung undan di sini.
Koloni itik berkumpul kat sini.
Spesis bunga morning glory melatari pintu gerbang kawasan tinjau di sini. Cantik sangat.
Pelantar ni lar kawasan meninjau spesis itik dan burung undan. Ada tempat duduk kat sini.
Burung undan ni bergerak dalam kumpulan. Sesekali bersama-sama memasukkan kepala dalam air. Uniknya. Hendak mencari ikan agaknya.
Kawasan menara tinjau di sini diperbuat daripada besi dan lantainya daripada kayu. Kaki me dah seakan tak boleh bergerak dah sebab me takut tinggi. Hubby ajer ke menara yang tertinggi. Me dan Dania menara kedua tertinggi ajer.
Kawasan wetland ni memang luas. Ada kawasan yang boleh mengadakan perkhemahan atau private function. Kolam burung flamingo ni menarik hati me. Sayangnya nak melihat burung ni agak jauh. Burung flamingo ni berwarna merah jambu.
Spesis itik mandarin juga ada di sini. Me nampak 3 ekor ajer.
Kelihatan macam rumah comel kat sini. Fungsinya untuk apa me pun tak tahu.
Sempat mengambil gambar pokok kat sini. Unik kan? Macam spesis buah beri.
Dan pokok ni pula mengeluarkan buah berwarna kuning jingga.
Kulit kayu pokok ni pula berwarna merah.
You alls datang la sini. Kawasan yang luas selain menghargai keindahan flora dan fauna, tempat yang sesuai untuk berPhotog giteww....
SUE SELALOO G SINI
BalasPadamwahhh memang terbaik area sini :-) Me sukakan kehijauan :-)
Padamsemua pics cantik :)
BalasPadamThanks suzz. Area sini memang cantik!
Padamtak penah gi wetland ni.. tapi penah gi botani.. sbb anak2 suka cycling kat sana.. sejak berbadan 2 ni tak pegi lama dah... hmmmm.. seronok gak kat sana.. udara segar dan cantek je.. kan
BalasPadamWetland pun ada sewa basikal. Tapi tak banyak basikal compared dgn Taman Botani.
Padam1st time dtg sini masa damia ade camping sekolah dia. seronok kan..pegi petang2 tgk itik etc tu. ikan pon byk kan..
BalasPadamwahhhh kecik2 dah camping kat luar. Tengok itik dengan perangai mereka. Mempesonakan! hehe :-)
Padampeeeh cantek gambar2
BalasPadamU dah pernah gi sini Ayu? Ce try naik menara tinjau tu. Eiiii me spesis gayat. Hehe.
Padammenarik :) cantik dan suka pokok-pokok yang menghijau :)
BalasPadamsuka jugak yg menghijau. sesejuk mata memandang :-)
PadamDah lama tingin nk ke putrajaya..dulu g rombingan sek..ni tingin nk bwk ank2 plak..huhu
BalasPadamCantiknya pemandangwn kat situ, ada x kws anak2 mandi.. sbb mrk pantang jumpa air..
BalasPadam