Selasa, Disember 11

Kuala Gandah, Pahang

Bulan November lepas, me ada melawat Kuala Gandah. Me dah lama juga nak ke Kuala Gandah. Tak jauh dari rumah me pun. Kuala Gandah ni terletak di bumi Pahang. Apa yang menarik kat Kuala Gandah ni?. Me pergi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan.


Bertolak dari rumah me pukul 12 tengahari. Tiba Kuala Gandah dalam pukul 11 lebih. Excited juga nak tengok gajah. Just nice je tiba waktu ni sebab pukul 2 petang, aktiviti bagi gajah makan pun bermula. Me tak bawak apa-apa makanan pun. Jadi kena la beli tebu atau pisang kat situ. Kalau bawak buah pun dah leh save tak payah beli kat situ. 
 

Mula-mula tu nak bagi gajah makan agak takut-takut juga. Cara nak bagi gajah makan ialah dengan meletakkan makanan kat belalai gajah. Gajah akan ambik makanan dari tangan kita. Cerdik jugak gajah ni sebab mereka tak akan ambik tangan kita. Eiiii kot la gajah ni terambik tangan kita ye tak....


Lepas bagi makan kat gajah, ada pertunjukkan gajah pulak. Gajah akan menunjukkan cara mereka tidur, mengucapkan selamat datang dan selamat jalan, cara memindahkan gajah liar. Comel je tengok gajah-gajah ni buat persembahan. Gajah-gajah yang terlatih ni la yang akan menolong memujuk rakan-rakannya dalam operasi menyelamatkan gajah di hutan. Ada diantara mereka ini gajah yatim piatu yang ditinggalkan kumpulan mereka. Gajah bergerak dalam hutan mengikut kumpulan. 

Selepas persembahan, ada sesi bagi makan kat gajah lagi. Mereka ada menyediakan buah-buahan seperti pisang dan betik untuk diberikan kepada gajah. Sepatutnya selepas ini, ada aktiviti memandikan anak gajah di sungai tetapi sungai agak dalam waktu itu dan bahaya untuk gajah dan pengunjung.  


Taman permainan juga ada disediakan di sini. Dania main-main kejap kat sini. Kat sini pun ada tayangan video tentang gajah. Me tak pergi pun tengok video.


Dah jalan-jalan haus la pulak. Singgah minum dulu kat kafe kat sini. 


Menarik sungguh pengalaman Up Close and Personal dengan gajah ini. Pengalaman yang menarik. Kalau tengok kat zoo takde la pengalaman macam ni. Masuk ke sini adalah percuma yek!. Me balik hari ajer. Tak tidur pun area Pahang ni.

Siapa yang pernah datang sini?

3 ulasan:

  1. tak penah datang pon.....berani ye dania dekat ngan gajah

    BalasPadam
  2. saya membesar kat Lanchang, tapi x pernah pegi..haha..maybe next month, ada kenduri kawen kawan kat Kg Bolok dan terus ke sana nak bawak anak..Insya Allah..:)

    BalasPadam
  3. u org Pahang eh ? mesti tau mana gerai ikan patin besbes

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...