Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, December 14

Dania join Princess Story Writing Contest

Dekat Paradigm Mall ada tema Princess bersempena Krismas. Me pergi sebab ada event publisher Voila menulis karangan Princess Story Writing Contest. Lepas daftar, Dania dah mula kata lapar so tapau kat Kenny Rogers. Cari bangku nearby stage tu me and Dania makan la dulu.


Cuma ada 5 orang ajer yang masuk contest ini. Contest ni ada diadakan pada hari yang lain jugak. Leh rujuk fb Voila kat sini. 3 orang yang baju biru light tu, ibunya yang buat dress Dania masa 5 tahun :-). Tak sangka boleh jumpa kat sini.



Ada sesi makeover untuk kanak2 tapi kena membuat pembelian RM200 ke atas dan boleh combine 2 resit.



Ada ala ala cam rumah Princess kat sini


My Dania tengah cari ilham tu. Kemain lagi gayanya tu. Hehehehe...


Kat sini la kanak2 akan di makeover kan kemudian akan berpakaian princess dan ada sesi ambik gambar juga. Siap la kalau gambar yang cantik2 tu kena beli banyak la sikit...


Ada jual biskut mickey mouse jugak kat sini.



Cantiknya rumah princess ni...Dania ada satu masa kecik dulu.


Doll yang comel pun banyak kat sini.


Cinderella ni favourite karakter Dania jadi tak hairanlah tajuk karangan Dania, Cinderella and the prince.


Result Princess Story Writing Contest akan diumumkan di facebook Voila. Exposure tu yang penting.....janji Dania happy. Ada gak aktiviti musim cuti sekolah ni kan.

6 comments: