Isnin, Julai 2

Cameron Valley | tempat menarik untuk dilawati

Sebelum turun bukit nak balik KL, kami singgah dulu nak makan scones kat sini. Haishhh 2 hari kat sini, 2 hari berturut turut la i nak makan scones. Hehehe. Keduanya Cameron Valley cuma tempat yang berlainan. Cameron Valley ni atas lagi pada Brinchang. Cameron Valley lagi satu, atas lagi pada Tanah Rata. My hubby kata, kalau makan scones sekali sekala ok la. Kalau selalu muak juga. Hehehe.

Harus la pergi posing posing kat ladang teh kan. Ladang teh kat sini tak le securam dan secantik macam ladang teh sebelum ni. Bagi i, ladang teh sebelum ni lagi cantik permandangannya. Berbukit bukit gitu. Yang takut tinggi tu, ladang teh ni pun ok juga sebab rendah.

Lepas settle makan posing sumer baru la bertolak balik KL.

Teh o ais di tanah tinggi??? grrr grrr sejuknya

Hari kedua berturut turut makan scones

Dua beranak posing. Dania paww topi ummi lar.....

Pose istimewa ibu dan anak

Pose bersahaja anak dare kecik. Suka plak i background yang bewarna keperangan ni....

Nak ambik gambar belalang di sebalik daun teh

Cameron Valley 

Papan tanda Cameron Valley

*****Kalau nak compare ladang teh Boh dan Cameron Valley, i rasa permandangan yang paling cantik ialah di ladang teh Boh!!! 

8 ulasan:

  1. wah suka tengok hello kitty dania tu, so cute kalo balqis tengok tu sure suka jugak

    BalasPadam
  2. @Anje a.k.a Mama_Balqis balqis suka hello kitty jugak yer?. Ada macam2 character anje....pooh, angry birds, ben 10....banyak lagi :-)

    BalasPadam
  3. yupp mmg suke lepak makan kat ladang boh lagi
    wlpon jalan mencabar hehe
    tapi pemandangan cantik

    BalasPadam
  4. @Nana fuhhh jalan tu mengerikan.....tepi lereng bukit...tapi berbaloi bila tengok permandangan yang sangat cantik...

    BalasPadam
  5. @AyuArjuna BiGoshh i gi cameron ikut laluan simpang pulai. Kalau ikut Tapah, pening kepala i....jalan bengkang bengkok!!!

    BalasPadam
  6. @Ezna : i setiap kali pegi CH wajib singgah sini sbb kat tepi jln ajer tu heheh yg Boh tu lom pernah sampai sbb gerun bab2 jln yg sempit and berliku2 tu

    BalasPadam
  7. @Mama Zharfan eiii boh...cukup la kot sekali pergi. Tepi jalan yang senang tu suzz. Boh tu kena mendaki eiiii ngeri....

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...