Khamis, Mac 15

Zoo Taiping Night Safari

Lepas makan kat Mak Jah (di entry sebelum ni), singgah pulak Night Safari. Kalau duduk Seri Malaysia dekat sangat dengan zoo taiping ni. Ramai jugak nak gi Night Safari cuti2 school ni. Tiket berharga RM10 untuk kanak2 dan RM16 untuk orang dewasa. 

Mereka yang nak naik tram haruslah beratur. Line kemain panjang. Nak jalan kaki pun boleh lagi adventure tapi sanggup ke jalan kaki dengan lampu malap2 je tu. Kalau siang ok la kan. Ada 1 insiden kelakar i tanya staff zoo tu.

Me : Beratur ni nak tunggu ketapi ke?
Staff zoo : Tak tapi tunggu train....

Err ketapi tu bukan train ke? So tunggu la kami ni train. Hehehe. Bila line panjang sangat, time nak naik train tu, kelam kabut. Takde sape tunggu depan nak naik train mengakibatkan, yang beratur belakang berebut-rebut nak naik train jugak sampai staff zoo yang bawak train tu marah marah kata 'kita kenalah pandai jaga diri sendiri'. Hallo cik abang....knowing orang Malaysia yang selalu tak berdisiplin bab bab ni kena la ada orang tunggu sebelum naik train tu untuk mengawal situasi. Ni ada yang beratur depan sama ngan i tak dapat naik masa we alls naik train tu. Pity sungguh family tu. Pastu plak train tu datang dekat dengan pintu nak naik train tu, dengan budak2 dan orang dewasa ada berdekatan situ. Kalau terlanggar anak orang i tak tahu la macamana lak tu. 

Kawasan zoo ni agak luas tapi ada jugak haiwan2 yang tak berapa clear nampak sebab train bergerak.  Susah plak nak mengamati haiwan2 pada waktu malam. Ke i je yang tak nampak sebab ayah Dania dan Dania nampak je haiwan2 tu. Haiwan paling cantik bagi i ialah swan berwarna putih yang berenang kat tasik. Macam glow in the dark swan tu. 

Menarik juga pengalaman Night Safari di Zoo Taiping.

Dania dengan patung Rhino

Gambar ni Dania dengan aksi nakal. Dania kata dia korek hidung gorilla boleh?

Berjanggut tunggu tram kat sini haishhhh

Tram tengah jalan la ni

Haiwan pe tah tergantung kat kayu ni

Pak belang tengah relax

Kuda belang dan Zirafah

Gajah yang dok menggeleng geleng kepalanya....nak tidur gamaknya

Dah habis melawat zoo haus la pulak.....singgah mamak kat Tepen ni. Ayah Dania pekena whottiiii canai. I tumpang sekaki jer...Hehehe...i pekena teh o suam jer.


8 ulasan:

  1. akak punye entry pi taiping ni mmg mengimbau kenangan saya btul la, hhehe

    BalasPadam
  2. memang cute muka dania masa nak korek idung gorila tue hehe

    BalasPadam
  3. dah lame dah tak pegi sini.. kalau sibuk zoo taiping terus ingatan i ke arwah tok wan, pah dan moyang i.. miss them

    BalasPadam
  4. @Mama Zharfan menarik....we alls naik tram je. Nak berjalan malam2 cam tak confident jer...

    BalasPadam
  5. @BABY(MAMA AMANA muka nakal tu ila...siap tergelak gelak letak jari kat hidung gorilla tu...

    BalasPadam
  6. @Em's Family memang sayu je mengenangkan mereka yang dah tiada.....i faham...tambahan gi ke tempat yang mengimbau kenangan. I remember masa kecik2 papa dan mama pernah bawak i adik beradik ke Taiping. I remember tasik taiping.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...