Jumaat, Februari 10

Sijil kematian mama....

I yang ke Putrajaya tadi nak buat sijil kematian mama. Pusing2 jugak la kat Putrajaya tu nak mencari parking. Last time i pergi, parking kat sebelah bangunan. Masa pergi tu papa dan mama keduanya masih ada lagi. Tadi, sebab jalan dah sehala, terpaksa pusing 2-3 kali sebab nak cari parking punya pasal. Kejap je nak buat sijil kematian ni. Orang tak berapa ramai. Yang ramainya kat pendaftaran perkahwinan dan perceraian. Ramai pulak i tengok orang kahwin kat situ. Siap ada flower arch kat situ tempat posing2 buat couple yang daftarkan perkahwinan kat situ. Seksyen daftar kelahiran, kematian dan anak angkat sangat lengang. Yang ambik details mama kat kaunter pun comel je that person. Hehehe...sempat lak melihat-lihat tu yer....

Masa dapat je sijil kematian tu, terus rasa sebak sampai terbawak-bawak balik rumah.......baru tahu feeling kehilangan ibu macamana....i pun sebelum ni sebak juga kehilangan papa i tapinya kehilangan mama ni i rasa terkesan sungguh di dalam hati ni. Mama kan yang melahirkan kita dan duduk dalam perut mama selama 9 bulan dan i masih ingat juga bagaimana mama akan pujuk i kalau kena marah dengan papa......

Mama.....ena titipkan doa buat mama di alam sana.......harapan ena semoga dapat berjumpa mama suatu hari nanti............
Ena miss mama.....sangat sangat.......

12 ulasan:

  1. hugs XOXO..i smp skrg pun klu tgk sijil mati arwah Ma akan rasa sebak dan pedih sgt dlm dada

    BalasPadam
  2. salam kenal

    SMG ALLAH MENEMPATKAN ROH "MAMA" AWAK BERSAMA ORG2 YANG BERIMAN

    KEHILANGAN IBU MERTUA PUN SAYA RASA KEHILANGAN YG AMAT APATAH LAGI KALAU KEHILANGAN IBU TERCINTA..TAK TERGAMBAR PERIT RASANYA

    SMG AWAK TABAH YEA.

    SAYA YAKIN ALLAH MENGUJI DIBWH KUDRAT HAMBANYA

    BalasPadam
  3. @yatie chomeyl yatie....rasa itu sama yatie....:-( tak terkata dek kata2....sebak :-(

    BalasPadam
  4. @littlehumblelynn kata kata itu sangat bermakna....terima kasih...

    BalasPadam
  5. sedeynya :( me nangis baca entry ni...

    BalasPadam
  6. Kak, kuatkan semangat kak..
    Tabah kan hati..
    Al-fatihah bt arwah mama akak..

    BalasPadam
  7. semoga ditempatkan dalam kalangn org beriman..al-fatihah

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...