Lama dah i tak buat segment ni. Sebabnya takde restaurant baru yang i cuba pun. Asik2 restaurant yang biasa me makan je. Kali ni berkesempatan ke Laman Grill Steak & Bar-B-Que kepunyaan Chef Zubir yang glam dalam rancangan Masterchef Malaysia. Memang dah lama me nak try makan kat sini. Kebetulan Daniel Masterchef pun kerja kat sini. Chef Zubir takde sebab balik kg. Kalau tak, boleh jumpa Chef Zubir.
Me and hubby order menu Meat Lover. Boleh share 2-3 orang portion tu. I pun memang kurang makan daging tetapi nak cuba punya pasal, me and hubby order la ni. Dania me order mushroom soup. Didatangkan dengan roti bawang putih. Air we alls order Mango Juice, 2 X Green Tea. Kalau makan daging2 ni kena minum air teh atau air kosong tau.
Masa makan Meat Lover tu, kuah pencicah roti bawang putih tu rasa agak pelik. Jadi i cakap kat steward. Akhirnya yang keluar tu Danial yang masuk dalam rancangan Masterchef. Daniel dalam rancangan tu sangat baik dengan Abang Wahidan yang berentap dengan Ezani masa finale Masterchef Malaysia musim 1. Daniel bagitau we alls yang kuah pencicah tu ada daging kambing. Rasa yang pelik tu datang dari daging kambing la. Oh yang tu i have to pass. Tak suka kuah tu. Yang lain lain not bad rasanya. Mushroom soup tu pun sedap juga. Daniel cakap pun teratur je. Tak macam dalam rancangan tu agak cheerful dan gila2 sikit.
Harga kat Restaurant ni agak pricey tapi rasa sedap dan presentation cantik. Restaurant pun sangat cosy. Kalau nak makan kat sini sedia la RM tu yer. Takut terkejut pulak nanti. Jangan risau....boleh juga pakai credit card.
Menu di Laman Grill
Dapur konsep terbuka di Laman Grill
Sempat lagi ngintai Daniel.....siapa peminat rancangan Masterchef Malaysia??? sila angkat tangan...
Konsep santai dan inggeris di luar Restaurant
Mushroom Soup RM12++
Award yang diterima oleh Chef Zubir ni banyak di frame di dinding Restaurant
Meat Lover berharga RM59++
Pose bersama Danial Masterchef
Lampu ni ala Morocco
Restaurant dari arah depan
Barisan lot kedai yang masih belum berpenghuni
menarik nmpk ..wah smpt bergmbr ngan daniel masterchef..chef zubir tkde ke??
BalasPadam@mama tisya balik kg ....
BalasPadamsekali sekala tak per hehe kalau kerap sgt maunya kopak poket i hehehe
BalasPadamkdg2 bila sesekali makan kita nak tempat yg cosy & relexkan?? mmm kena tgu bonusla nampaknye ekeke
BalasPadamkawan eliss pun ada sorang buat part time kat sini.
BalasPadamx penah try makan kat sini..
BalasPadamoo daniel keje situ rupenye..
Camtik ler restoran nya sis..
BalasPadam;)
tengok meja pon dh meleleh air lior
BalasPadamMe dh try...mng bestttt :)
BalasPadamTerliur pulak tgk mushroom soup tu :D
BalasPadam