Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, November 19

Pembaharuan / permohonan baru passport

Kalau nak membuat pembaharuan passport / nak buat passport baru. Dokumen yang perlu dibawa :-

18 tahun ke atas 

1. Kad pengenalan dan salinan kad pengenalan
2. Borang yang siap diisi yang boleh di print di SINI (Borang harus di print depan belakang dan bukan 2 kertas yang berasingan)
3. Gambar passport 2 keping.
4. Bawa passport yang lama

18 ke bawah (untuk anak kita)

1. Kad pengenalan ibu / bapa dan salinannya
2.  Borang yang siap diisi yang boleh di print di SINI (Borang harus di print depan belakang dan bukan 2 kertas yang berasingan)
3. My kid anak dan salinannya
4. Gambar passport 2 keping
5. Bawa passport yang lama
6. Surat beranak anak beserta salinannya.

****salinan dokumen hendaklah dilampirkan dengan borang permohonan.

Info selebihnya di SINI

Cawangan Imigresan you alls boleh surf di SINI 

Yuran Passport Malaysia

2 Tahun - RM100
5 Tahun - RM300

Yuran Istimewa 

RM150 untuk 5 tahun buat kanak-kanak di bawah 12 tahun DAN pelajar di bawah 21 tahun yang mempunyai dokumen mengatakan mereka pelajar luar negara.  



*****Harap maklum bahawa anak perlu hadir ketika membuat passport dan juga ketika menuntut passport yang telah siap juga disertakan dokumen asli untuk proses tuntutan passport. 

*****Dinasihatkan supaya mengisi dahulu borang permohonan kerana nombor akan diberikan jika kita telah melengkapkan borang permohonan beserta salinan dokumen yang berkaitan. 

*****Jika anda hadir di pejabat Imigresan sila beratur ke kaunter untuk mendapatkan nombor. Datang awal supaya prosesnya tidak memakan masa yang lama.

9 comments:

  1. salam...kalau 3 org anak means rm450 la yek nak kena bayar...ke rm150 tu utk sume anak...?

    ReplyDelete
  2. thank u soo much

    ReplyDelete
  3. Bagaimana klu semasa memohon anak tidak dpt hadir sama tapi semua dokumen sedia dan lengkap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak kena bawa sekali ke imigresen. Walaupun dokumen lengkap macamana pun kena bawa anak. Pegawai imigresen akan ambil cap jari anak.

      Delete
  4. Kalau tidak bawa anak mcmana? Tapi semua dokumen lengkap disediakan.

    ReplyDelete
  5. Salam...klu umo 17 tahun 7 bulan kne bwe ibu bpe jgak ke

    ReplyDelete