Monday, October 10

I pernah duduk sebelah VIP

 Photo taken from google

Masa tu i bekerja kat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Agensi di bawah Kementerian Pertanian. Kalau tak silap i masa tu suami Tiara Jacquelina  sebagai menteri yang pegang Kementerian Pertanian. Masa tu kebetulan kerajaan nak mengadakan pilihanraya, maka Tan Sri Najib tu Timbalan Perdana Menteri mengarahkan LKIM ni buat majlis kat Pekan. Memang ada Persatuan Nelayan kat kawasan Pekan tu jadinya sampailah circular menjemput Ketua Bahagian dan i ke majlis yang akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri.Aisehhh ketua bahagian tak dapat pergi jadi.....i ler yang mewakili bahagian.

I tak tau apa tugas i kat sana tau. Tup tup bila tiba sana, i kena usher Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ni. Ya allah.....i tak tentu arah hokayyyy...apa kes nanti Datin Paduka Seri ni nak tanya pepe, i kena jawab. Kalau i tak tau jawab habis reputasi LKIM nanti. Aduhhh pening pening. I siap tolak tolak lagi dengan muka cuak tak nak jadi usherer. Patutnya my friend, Wan Nor Azlina yang patut gi sebab dia yang handle Kunita (Kumpulan Wanita, Isteri kepada Nelayan). Bila Datin Paduka Seri sampai, i kena berdiri sebelah Datin Paduka Seri tu selaku usherer. Paling takut bila ada satu sesi dengan KUNITA ni. I duduk betul2 sebelah Datin Paduka Seri. I siap kena baca biodata Datin Paduka Seri lagi untuk sesi pengenalan. Ikut protokol la kan. Lepas tu sesi soal jawab pulak. Dalam hati i, janganlah Datin Paduka Seri ni tanya soalan soalan pelik. Tetiba ada gak soalan tu......dup dap dup dap i nak jawab. Perlahan je suara Datin Paduka Seri tanya kat i. 

Datin Paduka Seri : Persatuan ni kena bayar yuran tak?
I : Takde yuran
Datin Paduka Seri : Eh betul ke?
I : Ye betul (walau i tahu jawapannya tapi siap boleh confuse lagi bila ditanya lagi....gabra punya pasal)

I akan ingat sampai bila bila tau sebab betapa gemuruhnya bila nak berhadapan dengan orang VIP ni. Sekurang kurangnya i dapat peluang itu. Bila balik dari majlis tu tiba office my friend Wan Nor Azlina pun pelik2 bukan dia ke yang patut pergi majlis tu. Tu lar...kekadang tu ada silap la tu. Yang sepatutnya pergi tak pergi. I ni kira ad hoc je......

****Kalau kerja kerajaan ni memang ada peluang nak jumpa dengan VIP VIP Menteri ni tapi i dah berhenti kerja awal dah....... Nanti la i nak share pengalaman i masuk parlimen dan mendengar menteri2 bersidang.



Jom jom tengok pakej spa 50% jer dari harga asal di SINI

2 comments:

  1. me tak de pengalaman dengan VVIP.. silap tajuk u tu, supposedly VVIP hehehe saya ikan bilis saje :D

    ReplyDelete
  2. @Em's Family opppss terkurang 1 V...kebetulan je tu mira....kerja kerajaan kat tempat i memang ada peluang...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails