Wednesday, July 13

Renungan

KISAH 1

Semalam i menonton Expose Mistik kat Astro Oasis. Ada seorang ustaz tu sedang mengubat penyakit sampuk. Ada entiti lain dalam badan pesakit. Lepas tu pesakit tu cakap ada 5 ekor kat dalam badan dia. Eiii ngeri i dengar. Dah tentu yang cakap tu bukan pesakit tu kan. Pas tu menangis nangis kata sakit. Bila ustaz tanya umur entiti dalam badan pesakit tu, dia kata dah berumur 2,000 tahun you alls...tuanya. Bagi kita mungkin tua, tapi bagi entiti di dalam badan pesakit tu 2,000 tahun mungkin muda remaja. 

KISAH 2

Hubby i ada mendengar ceramah seorang ustaz. Kisah ni berlaku di tanah suci. Rupanya ada makhluk yang menumpang badan seseorang dari tanahair lagi. Bila di tanah suci, ustaz ni berubatlah pesakit ni. Yang menumpang badan pesakit ni adalah jin betina. Ustaz ada merakam cara jin tu mengilai tapi ustaz tu tak perdengarkan dekat mereka yang mendengar ceramah tapi ustaz tu kata sangat menyeramkan. Akhirnya setelah sessi mengubat dan dialog diantara ustaz itu dan jin, akhirnya jin betina tu mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk agama islam. Bukankah di kalangan jin pun ada jin islam dan bukan islam  kan.... Ustaz tu menamakan jin betina ni Aishah. Ustaz tu kata kalau jumpa kat mana2 tegurlah. Errr kalau jin tu tegur bagaimanalah agaknya yer? Seram tu....Alkisahnya Aishah ada masuk dalam mimpi dan mengatakan dia telah pun menunaikan haji.Makhluk selain manusia pun beribadat kepada Allah.

Sejahat jahat manusia, sebaik baik jin.Maknanya jin ni bukannya baik. Dia baik macam manusia yang jahat. So macamana tu??

KISAH 3

Ada kawan i bagitau i yang dia sangat down sekarang ni. I tanya kenapa? Rupanya ibunya telah terkena buatan orang. Terkena ilmu sihir yang pada mulanya hendak kenakan ayah kawan i tu tapi terkena ibu kawan i. Ya allah kenapalah tergamak orang nak melakukan perbuatan syirik ni?.....Masih ada manusia yang tak boleh berfikir secara waras. Sekarang ni ilmu tu dah memberi kesan fizikal kepada ibu kawan i tu. Ibu kawan i tu seolah olah mengalami penyakit kanser payudara. Kawan i kata, benda yang mengacau tu dah makan dalam. Simpati i kepada kawan i itu. Perkara ni dah berlaku selama 10 tahun you alls. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kat dunia ni bolehlah nak buat orang, kat akhirat nanti terimalah pembalasan di atas perbuatan ini. Insaflah wahai insan....


****entry hanya cerita tanpa gambar

2 comments:

  1. memang menakutkan bende2 mcm ni, moga di jauhkan dr menjadi mangsa..insyaALlah, pasni kene selalu amalkan ayat2 yg mengelak gangguan dan sihir..kene cegah seblm parah.. :-)

    ReplyDelete
  2. memang scary...and effect ilmu sihir ni susah nak ilang..one of my relatives, sbb pernah jd mangsa masa umur 20s, now dh nak masuk 50 pun sentiasa tak sihat kesan sihir tu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails