Lepas MAKSAK, saya dan hubby bergegas ke Elmina pula iaitu di Tian Nara Event Space. Kedudukannya kat dalam juga di bahagian kilang-kilang. Kawasan ni macam lot kedai satu tingkat tapi tak ada kedai-kedai kat sini. Mungkin sebab ke dalam sangat la. Jadi Tian Nara ni ambil beberapa lot kedai dan dijadikan tempat event.
Tempat duduknya meja panjang macam ala ala majlis perkahwinan Mat Salleh. Ni saya dan hubby dengan keluarga adik saya Elza. Dulu suami adik saya ni (adik ipar saya) kerja dengan Mama Tisya kat Bangunan Pernas di KL tu. Saya pula kat depan tu Bangunan PKNS Jalan Raja Laut tu. Ada la Zharif yang sulung nak ambil SPM tahun ni. Sebaya dengan Ariff anak MZ la. Adiknya pula Zharfan. Saya purpose nama kat adik saya sempena nama anak MZ. Hehe.
Makan lauk-pauk ni saya ambil sikit je sebab dah makan kat MAKSAK sebelum ni kan?. Lepas tu saya ambil ni pula. Ada goreng pisang, cucur udang dan cekodok.
Lepas tu sebelum balik kena ambik la gambar pengantinya. Adik ipar adik saya ni yang perempuan ni nama Musliyana Aqilah. Warna baju sweet sangat. Nak tunggu turn saya ambik gambar lambat jadi ambik je la gambar ni. Hehe.
Bagai pinang dibelah dua gitu....ni majlis pihak perempuan ni. Ibu ayah pengantin perempuan dah meninggal jadi pakat-pakat adik beradik buat majlis ni. Pengantin lelaki pula ibu ayah dah berpisah jadinya akan ada majlis nanti diadakan di Kelantan (belah ayah pengantin lelaki) dan di Kedah (belah ibu pengantin lelaki). Adik saya kena sediakan 3 set baju sedondon untuk 3 majlis ni.
Ini pula bergambar dengan adik beradik saya la. Erma dan anaknya Adlina tudung hijau keduanya. Adik saya Elza depan sekali biru gelap dan tengah tu adik ipar kepada adik saya....beliau 2nd last dalam keluarga. Adik yang kahwin ni adik bongsu. Jodoh tu rahsia Allah kan. Kita tak tahu siapa yang berkahwin dulu ke....saya doakan beliau dapat jodoh selepas ini.
Dari jauh....jodoh saya memandang kamera. Hehehe.
Dania tak ada dah tentu orang tanya. Tak dapat nak ke majlis ni sebab Dania balik petang jam 5.
Belah kiri ni muka di sebalik suara Mail dalam Upin Ipin. 2 singgit 2 singgit. Masa tu suara Mail tu comel je la. Ni dah dewasa dah ni. Sakit kaki pula 'Mail' ni sebab baru buat pembedahan di kaki. Moga cepat sembuh ya. Sebelahnya tu uncle dia. Bukan orang Malaysia tapi international ya. Muka pun ala ala mamak Malaysia ni je tapi asal Bangladesh. Ni suami Syira adik ipar adik saya. Adik-beradiknya 9 orang. Kahwin ni adik paling bongsu...alhamdulilah.
Berakhir sudah majlis kendurinya.....alhamdulilah dapat juga kami ke sini. Kenduri ke 3 dan ke 4 bagaimana?. Bila tengok maps....masa tiba ke sana dalam 3.30 petang dan 3.45 petang jadi kami plan tak pergilah sebab itu dijangka tiba. Kalau kat jalan ada sesak juga tambah lagi masanya. Majlis sampai jam 4 petang je.
Balik rumah je lepas settle apa yang patut....driver tertidur sebab penat drive dalam kesesakan lalu lintas ni....saya susah la nak tidur ni. Nak nak kalau cuaca panas kat luar tu.
XOXO,
Ezna









Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.