Selasa, Januari 4

Hari pertama persekolahan 2011

Dania tak sihat tapi bersemangat nak pergi sekolah. Ni nangis sikit sebab tak nak balik

Ibu bapa tengok anak masuk sekolah. Ni sume parents Tahun 1

Ni kelas Dania

Ni meja Dania

Dania memperkenalkan diri loud and clear...

Sabar tunggu turn si cilik nih..

Dania tunggu turn nak perkenalkan diri

Pelajar lelaki Tahun 1 kelas Jannatul Firdaus

Ada 6 kelas jer sekolah rendah ni

Duduk mengikut kelas

Sebelum acara dimulakan

Dania sangat ceria tapi kawan kat depan tu macam muka takut jer...

Pagi lagi kami dah nak bertolak ke Sekolah Dania di Bandar Sunway. Disebabkan excited agaknyer...hubby kunci pintu tanpa bawak kunci. Boleh? Grill main tutup gitu jer. Lepas tutup gate, terus jalan. Jalan agak jam jugak. Mungkin sebab masing2 nak hantar anak pergi sekolah.Tiba school ngam2 7.45am. Tunggu depan pintu sekolah kejap tetiba ada parents kata Dania muntah. Dah muntah depan pintu sekolah. I rush ke rest room. Lepas tu Ustaz Jazlan suruh letak beg dulu dekat meja yang bertanda nama. Nama Dania depan sekali. Depan meja teacher tu. Moga2 jadi teacher's pet. Hehe....masuk dewan ramai dah ibu bapa tunggu. Anak kena duduk ikut Tahun memasing. 

Masa tengah tunggu tu tiba2 Dania rush dekat i kata dia nak muntah. Kelam kabut me bawak Dania ke rest room. Lepas Tahun 1 memperkenalkan diri. i sibuk snap2 gambar. Err terjumpa batch i masa kat UiTM Terenganu. Dia hantar anak kesitu gak. Anak dia dah Tahun 2. Sementara itu me n hubby ke restoran berdekatan jalan kaki jer nak makan breakfast. Lapar sungguh. Balik je Dania dah naik tingkat atas breakfast. Bila i pergi dekat Dania, dia menangis n kata kasut hilang. Aisehhh kelam kabut plak i beritahu teacher. Akhirnya rupanya Dania memang pakai kasut dier cuma dia tak tau dia pakai size apa. 

Tiba2 again kali ketiga Dania nak muntah. Terus tak sempat pergi rest room, depan rest room jugak Dania muntah. Tak boleh jadi ni. I terus jumpa teacher kelas dan mintak balik. Kami singgah klinik dan Dr suspect Dania keracunan makanan. Balik rumah, Mr Hubby nak ketuk pintu tak terbukak juga. Tiba2 Dania cakap nak pegi rest room pulak. Dah kami pergi pulak kat Esso Station nearby. Lepas tu ke kedai kunci pulak nak cari tukang kunci. Nak bukak kunci charge RM60 ???? Warghhh mahalnyer. Kedai tu siap ajar cemana nak bukak pintu yang terkunci. Bila balik rumah hubby dok mengetuk pintu dan akhirnya pintu terbukak dan tombol pintu tak rosak.....i pun tertidur sebab keletihan. What a day........

10 ulasan:

  1. adik sy pun masuk sekolah darjah 1 hr nie....

    BalasPadam
  2. what a day!! hari pertama yg penuh dgn unexpected things tu...

    BalasPadam
  3. @aZIEra itu aKu....

    waa...sama batch ngan anak akak ler...err akak ke aunty...he he...

    BalasPadam
  4. @Mama Zharfan

    I thought it went smoothly....not....hehe..kita mampu merancang je suzz....alhamdulilah semua back to normal...

    BalasPadam
  5. sian kat dania..hari pertama x sihat pulak..

    BalasPadam
  6. sabor je la...biasa le hope semua berjln dgn lancar tapi ada je perkara yg tak diingini berlaku...kita hanya mampu merancang...Tuhan yg menentukan...

    BalasPadam
  7. shian....dania tapi stil bersemangat ak ke school :)

    BalasPadam
  8. @AyuArjuna BiGoshh

    Dania semangat je kuat tapi badan dah lemah sebab tak sihat...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...