Sabtu, Januari 1

Bunga api 2011

Kereta parking di bahu jalan sampai jadi 1 lane

Bunga api

Kereta tak boleh nak jalan sebab semua berkerumun kat jalan

Kami parking kat sini

Pada 31 Disember 2011, lepas makan dekat Ani Sup Seri Kembangan, ummi ajak ayah Dania pergi tengok bunga api dekat I City, Shah Alam dengan mode excited *wink* *wink*. Hubby kata i perak nak tengok bunga api...hik hik....My hubby malas nak pergi jauh2 and decide nak pergi yang dekat punya. Akhirnya demi nak menghabiskan masa sebelum pertunjukkan bunga api, kami ikut jalan Kelang Lama sebelum terus ke Bandar Sunway. Kereta dah berderet dah. Kami parking kat satu port ni. Kereta parking sampai double park pastu dengan selamba keluar kereta. Seronok juga tengok ragam orang Malaysia ni. Pastu ada kereta yang nak keluar terpaksa hon lama2 sebab tak boleh keluar sebab kena block. Kami tunggu dalam kereta je. Dania paling excited tanya bila nak ada bunga api ni?. Bila percikan bunga api start, aisehhh....tak nampak sebab kena block dengan bangunan kedai. Terus kami bergerak ke tempat yang strategik. Dekat kiri kanan jalan penuh ngan umat manusia. Ada yang kendung anak lagi. Fuhhh sanggup tu. Jalan jauh jauh semata-mata nak tengok bunga api. Memang happening kat depan Sunway Pyramid nih. Polis bantuan pun sampai tak boleh nak buat pepe. Lepas tengok bunga api (err....sekejap je percikan bunga api ni. Budget nih....), kami cepat2 keluar dari area Sunway sebelum kereta lagi banyak. Balik rumah terus bummmm.....ngantuk daa....

You alls tengok bunga api kat mana?

1 ulasan:

  1. kat sini ada bunga api kat city kot--me tak tgk :p kat msia pun me jenis tak bother psl event yg time mlm2 sbb me & kids jenis yg masuk tido awal heheheh

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Karnival Udara Antarabangsa Melaka

Lambat sikit post yang ni keluar sebab lepas pergi Karnival Udara ni kena batuk-batuk dan demam. Kami ke Karnival Udara dan Antarabangsa Mel...