Makan apa tu di Kopihut?

Sesekali kalau teringin nak makan masakan cina boleh la ke Kopihut. Memang saya suka masakan cina cuma nak makan tu kena la cari yang halal kan. 


Pelakon watak gangster yang punya. Adam Corrie. Adam Corrie ni selalu berlakon watak gangster tapi bukan gangster la in real life. Tengok la pegang makanan dan minuman tu. Cukup punya sopan kan?. 


Sedapnya mi wantan saya ni. Padu digandingkan dengan chili oil tu. 


Hubby makan nasi butter dengan ayam. Bagi saya sedap la nasi butter ni.


Teh O Suam ada biskut kering la. Hubby pula minum Kopi O panas . Pun ada biskut jugak. 


Dania makan wantan curry. Pun kata sedap jugak. 


So far puas hati la makan kat sini. Semua yang kami makan sedap. 
You alls pernah makan sini?. Apa menu yang dicuba?.




XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.