Jumaat, Disember 17

Wedding anak ex officemate

Me bersama kak sapiah, jona and fitrah

dania, me, jona and fitrah. Hubby? photographer...

Depan dewan

Cuti Awal Muharam yang lepas, i pergi ke kenduri kahwin anak kepada my ex officemate Kontena Nasional di Stadium Titiwangsa. All this while, i pun tak tau kat Tasik Titiwangsa tu ada stadium. Me ikut GPS je. Senang je kalau ada GPS ni. Tak le sesat. Tiba sana lepas bersalaman dengan ex officemate i terus serbu ke meja buffet. Hehehe. Sangat la lapar. Saje kami semua tak makan tengahari lagi. I sangat suka gulai ikan masin dan nenas. Sedapnyer. Agak tak syok sebab ada karaoke. Dah la stadium tu tertutup, bergema dan bingit dibuatnya tambahan suara out of tune....adehhh...

Ex officemate i kat Kontena Nasional yang dah lama i tinggalkan dulu. I remember tahun 2000 - 2003 i bekerja di sana. Sangatlah best sampai i dah keje tempat baru, i masih teringat-ingat tempat lama. Apa yang best eh? i rasa sebab kami semua satu office sangat rapat. Teman rapat i dekat Kontena Nasional masa tu mestilah Jona Hidayati. Sangat rapat sampai orang kata kami kembar. Ngee....ada Jona, adalah i. Masa tu jugak i sebagai HOD Admin dan Jona HOD Quality. Masa tu umur kira muda la. Awal 20-an. Disayangi pula oleh manager kami En. Tun Ali. Masa tu kami berdua single mingle lagi. Hehehe.....sangat seronok masa tu....bila tiba hari jumaat minggu pertama, kekadang kami ke Network Food, Glenmarie sebab nak serbu warehouse sale chocolate. Best sangat.....i tak tau ada lagi ke tak warehouse sale setiap jumaat minggu pertama kat sini.

You alls ada pengalaman kerja kat tempat best tak?

4 ulasan:

  1. setiap pengalaman adalah stages of life yg kita akan appreciate and kenang pd masa mendatang--chewahh mcm berfalsafah plak komen ni hehehhe

    BalasPadam
  2. ermm pengalaman manis tuu x banyak .. pahit tu banyak .. biasalah nama pun kerja .. kena redha dan yakin ..
    kalau ada rezeki kekal lah lama .. kalau tidak tukar jer kerja lain huhuhu

    BalasPadam
  3. @ieda
    Kalau pengalaman pahit tu lagi banyak...hurmm tak berapa best...tapi...pengalamanlah yang mematangkan kita...

    Kalau agak2 tak serasi dengan kerja tu...cari le kerja yang lain...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...